Oleh: Muhammad Asrie
bin Sobri Artikel ringkas ini akan cuba menjelaskan manhaj
yakni kaedah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam bermuamalah atau berhubungan dan
bergaul dengan pemimpin yang zalim.
Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) meletakkan
permasalahan berkenaan pemimpin ini dalam bab akidah melambangkan betapa
pentingnya isu kepimpinan ini sekaligus menafikan dakwaan bahawa Islam adalah
agama sekular yang mengasingkan agama daripada politik. Fahaman sekular amat
menyelweng daripada akidah Islam keran Islam melihat politik sebagai masalah
akidah yang perlu dipelihara.Pemahaman politik yang terkeluar daripada
manhaj ASWJ akan melahirkan kesesatan dalam perkara akidah. Sebagai contoh
ajaran Syiah Rafidah yang bukan sekadar sesat bahkan kafir adalah berpunca
daripada pergolakan politik.Selain itu, masalah bagaimana kita perlu
bermuamalah dengan pemimpin muslim yang zalim juga termasuk dalam akidah
al-Wala’ wa al-Bara’ (Cinta dan Benci kerana Allah) yang merupakan
ikatan iman yang paling teguh.Pemimpin yang muslim yang melakukan kezaliman
termasuklah dalam kategori kedua manusia dalam akidah al-Wala’ wa al-Bara’
iaitu mereka yang berhak mendapat al-wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (berlepas
diri) sekaligus. Berikut kita jelaskan noktah-noktah penting dalam
manhaj ini:Pertama: Mentaati Pemerintah Adalah Wajib ‘AinMentaati pemerintah
kaum muslimin yang beragama Islam adalah fardu ‘ain berdalilkan firman Allah
s.w.t dalam surah alp-Nisaa ayat ke-59:يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًاMaksudnya: “Wahai orang-orang Yang beriman,
Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada
“Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu
berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu
mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Qur’an) dan (Sunnah) RasulNya – jika
kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih
baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya”.Kewajipan taat kepada
pemimpin kaum muslimin adalah perkara ijmak dalam kalangan ASWJ bahkan para
ulama juga telah ijmak wajibnya memerangi kaum bughah yakni mereka yang
menentang pemimpin Islam secara bersenjata.Kedua: Haram Mentaati Perintah Yang
MaksiatDemikian juga telah ijmak ulama haram terhadap muslim mengikut perintah
pemimpin yang membawa kepada maksiat. Ini berdasarkan ayat di atas (surah
al-Nisaa: 59) yang mengqaidkan (mengikat) ketaatan kepada pemimpin itu dengan
ketaatan kepada Allah s.w.t. Demikian juga sabda Rasulullah s.a.w:إِنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِMaksudnya: “Ketaatan itu sesungguhnya hanya
dalam perkara makruf” [Muttafaq ‘Alaih].Dan sabda Nabi s.a.w:السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَMaksudnya: “Dengar dan Taat itu wajib atas
setiap muslim dalam perkara yang dia suka dan benci selama tidak disuruh
melakukan maksiat maka apabila dia (pemimpin) menyuruh melakukan maksiat maka
tidak boleh dia dengar dan tidak boleh dia taat” [Muttafaq
‘alaih].Antara contoh dalam tidak mentaati perkara maksiat adalah sebagaimana
hadis dalam sahih al-Bukhari dan Muslim bahawa seorang panglima perang yang
dilantik Rasulullah s.a.w dalam satu sariah memerintahkan para prajuritnya
untuk masuk dalam api lalu mereka semua enggan. Sehingga akhirnya kemarahan
panglima mereka reda dan api pun padam, mereka pulang ke Madinah dan
mengadukan hal itu kepada Rasulullah s.a.w lalu baginda berkata:“Jika kamu
masuk ke dalamnya tentulah kamu tidak akan keluar lagi, sesungguhnya taat itu
hanya dalam perkara makruf”.Ketiga: Wajib Menasihati Pemimpin Yang
Zalim.Ini berdasarkan sebuah hadis yang sahih lagi masyhur:الدين النصيحة قلنا لمن ؟ قال لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم Maksudnya: “Agama itu adalah Nasihat”. Kami
(Sahabt) bertanya: ‘Untuk siapa?’ Jawab baginda: “Untuk Allah, kitab-Nya,
rasul-Nya, pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan awam mereka”. [Muslim].Dan
sabda Nabi s.a.w:أفضل الجهاد كلمة عدل عند سلطان جائرMaksudnya: “Jihad yang Afdal adalah
perkataan yang benar di sisi pemimpin yang zalim”[Abu Daud, al-Tarmizi,
al-Nasai, Ibn Majah, dan Ahmad dan hadisnya sahih].Nasihat kepada pemimpin itu
hendaklah dilakukan dengan bahasa yang paling baik dan paling lunak serta dalam
keadaan yang terhormat serta haram mencela dan mengaibkan pemimpin depan
khalayak ramai berdasarkan firman Allah s.w.t:اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى (43) فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى (44)Maksudnya: “Pergilah kamu berdua
kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut,
semoga ia beringat atau takut”. [Taha: 43&44].Istidlalnya adalah
jika kepada Firaun yang kafir pun Allah s.w.t memerintahkan Nabi Musa a.s dan
Nabi Harun a.s bercakap secara lemah lembut maka lebih utama lagi dilakukan
kepada pemimpin Islam.Sabda Nabi s.a.w:من أراد أن ينصح لذى سلطان بأمر فلا يبدله علانية ولكن ليأخذ بيده فيخلو به فان قبل منه فذاك وإلا كان قد أدى الذى عليهMaksudnya: “sesiapa yang hendak menasihati
pemimpin akan sesuatu urusan maka janganlah dia melakukannya terang-terangan
tetapi pegnaglah tangannya dan bersendirianlah dengannya (lalu nasihatlah), jika
dia (pemimpin) menerimanya maka demikianlah yang dikehendaki, jika tidak maka
dia telah melaksanakan tanggungjawabnya”. [Ahmad, sahih].Dalam hadis ini
menjelaskan wajibnya menasihati pemimpin dan wajib pula melakukannya dengan
cara yang baik. Dalam sebuah riwayat dinyatakan:عن زياد بن كسيب العدوي قال كنت مع أبي بكرة تحت منبر ابن عامر وهو يخطب وعليه ثياب رقاق فقال أبو بلال : أنظروا إلى أميرنا يلبس ثياب الفساق فقال أبو بكرة اسكت سمعت رسول الله صلى الله عليه و سلم يقول من أهان سلطان الله في الأرض أهانه اللهMaksudnya: Daripada Ziyad bin Kasib al-Adwi
katanya: Aku bersama Abu Bakrah di bawah minbar Ibn Amir ketika dia sedang
berkhutbah dengan memakai pakaian yang nipis maka berkata Abu Bilal: ‘Lihat
pemimpin kita itu, dia memakai pakaian orang fasiq’. Maka berkata Abu Bakrah
r.a: Diamlah, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menghina
Sultan Allah di bumi maka Allah akan menghinanya”. [al-Tarmizi,
sahih].Oleh itu, jelas sekali dalam manhaj Syarak yang benar, perbuiatan
berdemonstrasi dan protes jalanan membantah pemimpin yang zalim adalah maksiat
dan perbuatan itu hanyalah menambah dosa atas dosa semata-mata.Abu Ishaq
al-Sabi’i r.h, daripada pembesar ulama Tabiin berkata:ما سب قوم أميرهم، إلا حرموا خيرهMaksudnya: “Tidak ada suatu kaum yang mencerca
pemimpin mereka melainkan akan terhalang daripada mendapat kebaikannya”. [al-Tamhid,
Ibn Abdil Barr, al-Fitan, Abu Amru al-Dani].Keempat: Haram Memberontak dan
Menggulingkan Pemerintah Yang ZalimWalaupun disuruh kita tidak mengikuti
perintah yang berunsur maksiat, namun pemimpin yang menyuruh melakukan maksiat
atau melakukan maksiat hanya wajib dinasihati secara baik dan tidak boleh
digulingkan dengan kekerasan atau menderhaka kepadanya. Sabda Rasulullah
s.a.w:Dalilnya hadis Muslim dan Ahmad berikut:عن عوف بن مالك عن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال ( خيار أئمتكم الذين تحبونهم ويحبونكم ويصلون عليكم وتصلون عليهم وشرار أئمتكم الذين تبغضونهم ويبغضونكم وتلعنونهم ويلعنونكم ) قيل يا رسول الله أفلا ننابذهم بالسيف ؟ فقال ( لا ما أقاموا فيكم الصلاة وإذا رأيتم من ولا تكم شيئا تكرهونه فاكرهوا عمله ولا تنزعوا يدا من طاعة )Maksudnya: Daripada Auf bin Malik daripada
Rasulullah s.a.w sabda baginda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu
suka dan mereka menyukai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu,
seburuk-buruk pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka benci kepada
kamu, kamu melaknapt mereka dan mereka melaknat kamu”. Kata para sahabat:
‘wahai Rasulullah, apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Jawab baginda:
“Tidak boleh selagi dia mendirikan solat dalam kalangan kamu dan jika kamu
melihat pemimpin kamu melakukan sesuatu yang dia benci maka bencilah amalannya
tetapi jangan cabut tangan dari mentaatinya (dalam makruf)”.Hadis ini
tidaklah menunjukkan bolehnya melaknat pemimpin kerana tidak boleh sama sekali
melaknat seseorang muslim tetapi melaknat amalan pemimpin tersebut.Sabda
Rasulullah s.a.w:(ستكون أمراء فتعرفون وتنكرون فمن عرف برئ ومن نكر سلم ولكن من رضي وتابع ) قالوا أفلا نقاتلهم ؟ قال ( لا ما صلوا )Maksudnya: “Akan ada nanti pemimpin-pemimpin
yang kamu suka amalan mereka dan ada yang kamu benci (kerana ianya maksiat),
sesiapa yang mengenal pasti maksiat yang dilakukan maka dia terlepas, sesiapa
yang ingkar dia selamat, tetapi (yang binasa) adalah yang reda dan mengikut”.
Para Sahabat berkata: ‘Apakah tidak boleh kami memerangi mereka?’ Kata baginda:
“Tidak boleh selagi mereka bersolat”. [Muslim, Abu Daud, al-Tarmizi,
Ahmad].Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:( يكون بعدي أئمة لا يهتدون بهداي ولا يستنون بسنتي وسيقوم فيهم رجال قلوبهم قلوب الشياطين في جثمان إنس ) قال قلت كيف أصنع ؟ يا رسول الله إن أدركت ذلك ؟ قال ( تسمع وتطيع للأمير وإن ضرب ظهرك وأخذ مالك فاسمع وأطع )Maksudnya: “Akan ada selepasku
pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak mengikut sunnahku
dan akan ada dalam mereka lelaki-lelaki yang berhati syaitan berbadan manusia”.
Kata Huzaifah:’Aku bertanya: Maka bagaimana aku harus lakukan wahai
Rasulullah?’ Jawab baginda: “Kamu dengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia
menyebat belakangmu dan merampas hartamu, dengar dan taatlah”. [al-Bukhari
& Muslim, lafaz bagi Muslim].Sabda Rasulullah s.a.w:مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةًMaksudnya: “Sesiapa yang membenci akan
perbuatan pemimpinnya (yang maksiat) maka bersabarlah kerana sesungguhnya
sesiapa yang keluar menentang pemerintah sejengkal lalu mati, maka dia mati
sebagai orang jahiliah”. [al-Bukhari & Muslim]Syarat untuk keluar
memberontak adalah apabila pemimpinnya menjadi kafir maka ketika itu wajib atas
kaum muslimin melucutkan jawatannya dengan cara yang paling elok dan jika tidak
ada jalan lain melainkan perang maka hendaklah berperang jika tidak hendaklah
mereka berhijrah. [Syarah Tahawiyah min Kalam Ibn Taimiah, 86&87].Ini
sebagaimana sabit dalam hadis al-Bukhari dan Muslim daripada Ubadah bin
al-Samit r.a katanya:دَعَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعْنَاهُ فَقَالَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لَا نُنَازِعَ الْأَمْرَ أَهْلَهُ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌMaksudnya: “Rasulullah s.a.w memanggil kami
lalu baginda mengambil baiat daripada kami dan antara yang baginda syaratkan
adalah dengar dan taat (pada pemimpin) dalam perkara yang kami suka dan benci
(selagi bukan maksiat), dalam keadaan senang dan susah kami dan dalam perkara
yang merugikan kami dan janganlah kami menandingi hak ahlinya melainkan kamu
melihat kufur yang jelas yang padanya kamu mempunyai dalil di hadapan Allah
nanti”.Berkata al-Qadi ‘Iyadh r.h:لو طرأ عليه الكفر انعزلMaksudnya: “Jika dia (pemimpin) menjadi
kafir (nauzubillah min zalik) maka dia terlucut jawatan..” [Syarah
Sahih Muslim li al-Nawawi, 12/229].Berkata Imam Abul Hasan al-Asy’ari r.h:ونرى الدعاء لأئمة المسلمين بالصلاح والإقرار بإمامتهم وتضليل من رأى الخروج عليهم إذا ظهر منهم ترك الاستقامةوندين بإنكار الخروج بالسيف وترك القتال في الفتنةMaksudnya: “dan kami berkeyakinan wajibnya
mendoakan kebaikan bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin dan kestabilan
pemerintahan mereka serta menyesatkan sesiapa sahaja yang berpendapat bolehnya
menderhaka kepada pemimpin yang zalim dan kami beriman haramnya memberontak
dengan senjata dan kami beriman perlu meninggalkan berperang dalam fitnah”. [al-Ibanah,
1/11].Jelas daripada kenyataan Imam al-Asy’ari ini, ASWJ bersepakat haramnya
memberontak kepada pemerintah selama dia muslim dan beriman walaupun dia melakukan
maksiat dan berlaku zalim.Analoginya mudah, apabila ibu bapa kita melakukan
maksiat atau menyuruh kita melakukan maksiat maka kita wajib mengingkari
maksiat tersebut tetapi kita tidak boleh memutuskan nasab kita dengan
mereka.Imam Abu Jaafar al-Tahawi r.h menyatakan dalam kitab Aqidah beliau:-“ولا نرى الخروج على أئمتنا وولاة أمورنا وإن جاروا ولا ندعو عليهم ولا ننزع يدا من طاعتهم ونرى طاعتهم من طاعة الله عز وجل فريضة، ما لم يأمروا بمعصية، وندعو لهم بالصلاح والمعافاة.”Maksudnya: “dan kami tidak percaya sama
sekali bolehnya keluar menetang pemerintah walaupun mereka berlaku zalim dan
kami tidak akan mendoakan keburukan atas mereka dan tidak akan menderhaka pada
mereka bahkan kami berpendapat mentaati mereka termasuk taat kepada Allah Azza
wa Jall dan ianya fardu (wajib) selama mereka tidak menyuruh melakukan maksiat
dan kami mendoakan bagi mereka kebaikan dan kemapunan”. [Syarah
Tahaiwah min Kalam Ibn Taimiah, 85].Contoh Ulama al-Salaf dalam Berhadapan
Kezaliman PemimpinImam Abu Hanifah r.h: Beliau telah dipenjarakan oleh
Khalifah al-Mansur al-Abbasi hanya kerana tidak mahu menerima jawatan Qadi
(Hakim). Abu Hanifah r.h tidak pernah sama sekali membenarkan kaum muslimin
menentang atau memberontak terhadap al-Mansur sehingga beliau wafat dalam
penjara.Imam Malik bin Anas r.h: Di zaman beliau terdapat pemberontakan
terhadap al-Mansur (yakni Khalifah al-Mansur yang menghukum Abu Hanifah tadi)
kemudian pemberontak ini berjaya menawan Madinah dan dipaksa untuk membaiat
pemimpin mereka. Imam Malik enggan menderhaka pada Khalifah dan sanggup diseksa
walaupun diketahui al-Masnur seorang yang zalim.Imam al-Syafii r.h: Beliau
telah ditangkap dan ditahan tanpa usul periksa dan dituduh sebagai pemberontak
oleh Khalifah Harun al-Rasyid r.h, namun Imam Syafii setelah dibebaskan tidak
pernah berdendam dengan khalifah bahkan sentiasa mendoakan kebaikan buat
beliau.Imam Ahmad bin Hanbal r.h: Khalifah al-Makmun dan al-Muktasim telah
menyiksa beliau kerana keengganan menurut perintah maksiat mereka mengatakan
al-Qur’an makhluk. Namun, Imam Ahmad melarang para pengikutnya yakni ASWJ
memberontak.KesimpulanApa yang kami bentangkan ini semuanya berdasarkan
al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, bukanlah berdasarkan hawa nafsu dan emosi.
Kami menasihatkan kaum muslimin yang kami cintai sekalian untuk berpegang teguh
dengan Manhaj ASWJ ini dalam semua aspek kehidupan mudah-mudahan kita berjaya
dunia dan akhirat.Ingatlah, Umat Muhammad yang diakhir zaman ini tidak akan
berjaya melainkan mereka mengikut jejak langkah yang telah dilalui oleh
pendahulu mereka yang soleh yang telah berjaya dunia dan akhirat. Wallahua’lam. Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan sepatah dua kata!