Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Isnin, 13 Januari 2014

Ahli Kitab - Masih Wujudkah Hari Ini?

Assalamualaikum,

Saya secara peribadi lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakan bahawa ahli kitab masih wujud pada hari ini, iaitu yahudi dan nasrani (kristian). Saya tampilkan beberapa pendapat dari ilmuan agama berkaitan perkara ini.

Moga bermanfaat!






(1) Ustaz Zaharuddin: 

1) AHLI KITAB WUJUD HARI INI
Ia adalah pandangan kumpulan majoriti ulama semasa termasuk Al-Qaradawi (di ambil dalam fatwa beliau berkenaan boleh makan daging di neagar yang majoriti kristian dan yahudi, bgmnpun dalam fatwa beliau berkenaan kahwin dgn ahli kitab- beliau ada meletakkan syarat agar di semak terlebih dahulu samada wanita itu betul2 kristian dan yahudi atau hakikatnya athies), Al-Buti, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lain-lain menyatakan bahawa mereka di anggap ahli kitab selagi mana mereka percaya kepada Allah SWT. Ini adalah pandangan mcm syeikh yg di tanya di bawah tu, mereka lebih cenderung memberikan keringanan sebenarnya.
Antara dalil mereka adalah seperti di sebut oleh zubir tadi juga.
  
2) STATUS AHLI KITAB HARI INI DIPERTIKAI
Manakala kumpulan minoriti menolak pandangan di atas. Menurut mereka , untuk digelar ahli kitab , sesorang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu mestilah berpegang teguh dengan ajaran agama samawi masing-masing, adapun, jika mereka berpegang dengan ajaran palsu hari ini di campur pula dengan tidak mengendahkan hal ehwal hukum agama mereka. Mereka tidaklah layak di gelar Ahli KItab lagi.
Kumpulan ini berpegang kepada athar dari Sayyidina Ali KW yang menyebut tentang Yahudi Bani Taghlib dengan katanya :
إنهم لم يأخذوا من النصرانية إلا شرب الخمر وأكل الخنزير
Ertinya : "Mereka tidak mengambil apa-apa dari ajaran Nasrani kecuali untuk minum arak dan memakan babi" ( Rujuk : Al-Majmu' oleh Imam An-Nawawi, 9/74)
Ini bermakna Ali r.a seolah-olah tidak setuju dgn pengiktirafan ahli kitab kepada mereka yang tidak berpegang dgn sepenuhnya.
Ia juga berdasarkan athar :-
عن نافع مولى ابن عمر: أنه كان إذا سُئِل عن نكاح النصرانية واليهودية، قال: إن الله حرم المشركات على المؤمنات، ولا أعلم من الإشراك شيئًا أكبر من أن تقول المرأة: ربها عيسى، وهو عبد من عباد الله (انظر: البخاري مع الفتح "9/416" حديث "5285" باب قول الله تعالى: (ولا تُنْكِحُوا المشركاتِ حتى يُؤْمِنَّ..) من كتابالطلاق، وانظر: تفسير ابن كثير "1/258"، ط الحلبي. وتفسير القرطبي "3/68" ط. دار الكتب).
Ertinya : Ibn Umar ditanya berkenaan hukum berkahwin dengan ahli kitab nasrani dan yahudi, maka dia berkata : " Sesungguhnya Allah mengharamkan berkahwin dengan kaum wanita musyrik, dan tidak ku ketahui syirik yang terbesar daripada seorang wanita berkata : " tuhannya Isa, dan dia pula hamba dari hambar Allah ( Rujuk Fath al-Bari, haditth no 5285, )
Justeru, ini seolah menunjukkan bahawa kristian yang mempercayai triniti seolah2 telah terkeluar dari ajaran kelas ahli Kitab iaitu nasrani kerana kekarutan mereka. Terutamanya kristian di zaman ini yang kebanyakkan adalah athies dan hanya nama sahaja Kristian tetapi tiada berpegang dgn ajarannnya.
Kesimpulan saya
Jika berpegang penuh dengan segala ajaran agama yahudi dan nasrani itu di anggap syarat untuk digelar ahli kitab, maka ramai pula nanti Umat Islam yang tidak layak digelar ‘Muslim' juga, kerana pegangan mereka yang amat longgar. Kerana inilah majoriti ulama berpendapat, syarat utamanya utk diterima sebagai ahli kitab dan terpakai semua hukum ahli kitab di dalam quran adalah PERCAYA kpd kewujudan Allah (sebagaimana Al-Qaradawi yang meletakkan syarat, asalkan jangan athies atau komunis - iaitu yg jenis tak percaya tuhan).
Justeru ahli kitab yang percaya trinity dan lain-lain itu tetap di anggap ahli kitab berdasarkan firman Allah yang menggelarkan mereka  dengan nama AHLI KITAB walaupun mereka telah menyeleweng dalam aqidah mereka iaitu :-
يا أهل الكتاب لا تغلوا في دينكم ولا تقولوا على الله إلا الحق، إنما المسيح عيسى بن مريم رسول الله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه، فآمنوا بالله ورسله، ولا تقولوا: ثلاثة، انتهوا خيرا لكم إنما الله إله واحد، سبحانه أن يكون له ولد، له ما في السموات وما في الأرض، وكفى بالله وكيلا}النساء:171
Ertinya : " Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampau-lampau dalam agamamu, dan janganlah mengatakan tetang Allah kecuali yang benar, Sesungguhnya Al-Masih Isa anak Maryam itu adalah rasulullah, dan ia di letakkan kepada Maryam dan ruhnya dating dari Allah, maka berimanlah dengan Allah dan rasul-rasulNya, jangalah kamu mengatakan "tiga", tamatkanlah dakwaan itu lebih baik bagimu, sesungguhnya Allah itu esa, maha suci Allah dari mempunyai anak....( An-Nisa : 171) 
Wallahu a'lam.


(2) Ust Fathul Bari 
Banyak para ilmuan yang telah mengarang perbahasan tentang hukum hakam berkaitan ahli kitab. Antara yang dibahaskan adalah isu hukum memakan sembelihan mereka dan pernikahan dengan wanita mereka.
Isu sembelihan ahli kitab berpunca daripada persoalan adakah mereka masih wujud atau tidak. Ada yang berkata pada zaman ini ahli kitab sudah tiada kerana kitab-kitab mereka telah diselewengkan. Kalau ingin berdalil seperti itu, Allah SWT telah menyatakan di dalam Al Quran pada zaman Nabi lagi,
لَقَدْ كَفَرَ الَّذِينَ قَالُوا إِنَّ اللَّهَ ثَالِثُ ثَلاثَةٍ وَمَا مِنْ إِلَهٍ إِلَّا إِلَهٌ وَاحِدٌ
Maksudnya: Sesungguhnya telah kafir orang-orang yang mengatakan bahawaAllah itu salah satu dari tiga tuhan (trinity)padahal sekali-kali tidak adaTuhan kecuali hanya Tuhan Yang Satu.” (surah Al Maidah, 5: 73)
Maknanya trinity pada zaman Nabi SAW sudah ada. Dan Nabi ketika mengutus surat kepada Maharaja Rom, Hercules, Nabi memulakan suratnya dengan firman Allah SWT Ya Ahlal Kitab (wahai ahli kitab). Nabi memanggil Hercules dengan gelaran ahli kitab sedangkan telah wujud akidah trinity pada zaman Nabi SAW menunjukkan agama mereka telah diselewengkan.
Maknanya walaupun telah wujud akidah trinity pada zaman Nabi SAW, Nabi masih memanggil Hercules dan golongan Rom sebagai ahli kitab maka ini menunjukkan keberadaan ahli kitab pada hari ini di mana mereka juga berakidah dengan akidah trinity dan telah berlaku penyelewengan dalam kitab-kitab mereka dan hal ini sama seperti ahli kitab yang berada pada zaman Nabi. Maka mereka pada hari ini tetap juga dikenali sebagai ahli kitab.
Dari pentakrifan itu, para ilmuan cenderung kepada keharusan memakan sembelihan ahlul kitab pada hari ini. Asalkan ahli kitab tersebut benar-benar Kristian dan Yahudi (bukan campuran dengan agama lain). Majusi bukan ahli kitab.
Satu pihak lagi berpendapat tidak boleh memakan sembelihan ahli kitab sekarang kerana berpendapat ahli kitab sekarang berbeza dengan ahli kitab pada zaman Nabi SAW. Ini kerana penyelewengan ahli kitab pada zaman Nabi tidak sama dengan penyelewengan yang berlaku pada hari ini.
Perpecahan gereja yang berlaku pada hari ini lebih teruk berbanding apa yang berlaku pada zaman Nabi SAW. Jadi tidak dapat dipastikan adakah dia telah menyebut nama Allah ketika menyembelih. Itu yang menjadi satu persoalan yang besar.
Baru-baru ini saya dan sahabat berjalan dan bertemu dengan muballigh Kristian, dia menceritakan tentang ketuhanan, mengajak orang jangan minum arak, mengajak orang buat kebaikan, dia bercakap dia percaya akan tuhan tetapi dia percaya bahawa Isa berkorban.
Jadi saya pun berkata kepadanya inilah perbezaan antara kepercayaan kami dan kepercayaan kamu, kami tidak percaya trinity. Mereka terperangkap dengan isu trinity dan Jesus Christ. Isa AS menurut mereka berkorban dan sanggup dirinya dibunuh untuk menghapuskan dosa warisan umatnya.
Jadi mereka yang cenderung kepada pendapat kedua melihat golongan ahli kitab yang berada pada hari ini tidak sama dengan golongan ahli kitab pada masa dulu.
Tetapi saya cenderung kepada pendapat pertama di mana akidah ahli kitab dulu sama seperti akidah ahli kitab sekarang jadi ahli kitab pada hari ini masih boleh kita makan sembelihan mereka. Tetapi bagi sesiapa yang merasa syubhat dan tidak yakin maka boleh ditinggalkan dari memakannya, cuma tidak boleh mengharamkan sembelihan ahli kitab kepada orang lain kerana telah dikemukakan dalil dan hujah yang mengharuskan.

(3) Koleksi Soal Jawab Ust Masri
Kita mesti faham , apabila kita menggelarkan Yahudi dan Kristian itu sebagai “ Ahlul Kitab “ maka ini bermakna :
{ a } ~ Kita juga menganggap bahawa Yahudi dan Kristian adalah KAFIR . Kerana kalau mereka tidak kafir sudah tentulah mereka itu muslimin .
{ b } ~ Ahlul Kitab itu sendiri bermakna golongan yang KAFIR yang terdiri drp golongan Yahudi dan Kristian . Lantaran itulah umat Islam tidak tidak digelar sebagai Ahlul Kitabwalaupun mereka mempunyai kitab disebabkan Ahlul Kitab itu adalah gelaran khas untuk Yahudi dan Kristian sahaja ( menurut pandangan majoriti ulama’ rh ) .
{ c } ~ Golongan Kafir itu sendiri ada berbagai jenis . Ada yang digelar sebagai Ahlul Kitab( iaitu Yahudi dan Kristian ) , ada yang dipanggil Majusi ( Golongan penyembah api seperti pengikut Zoaraster dan Hindu ) , ada yang dipanggil sebagai “ Al-Wastaniyin “ ( iaitu penyembah berhala-berhala dan patung-patung ) , ada yang dipanggil “ Ad-Dahriyun “ ( seperti golongan Komunis , Atheis dan Marxisme ) , ada yang dipanggil Kafir daripada golongan falsafah dan ada pula yang digelar sebagai “ Murtaddin “ ( iaitu mereka yang keluar daripada agama Islam ) .
Kafir itu adalah nama am yang ada dibawahnya meliputi berbagai jenis kumpulan lagi . DanAhlul Kitab itu sendiri termasuk di bawah kumpulan yang disebut sebagai KAFIR itu .
{ d } ~ Kalau ada daripada kalangan Yahudi dan Kristian yang beriman dengan agama dankitab sebenar yang asli yang dibawa oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s maka ini bermakna mereka itu BUKANLAH AHLUL KITAB sebab agama dan kitab yang asli yang dibawa oleh kedua-dua Nabi a.s itu adalah agama ISLAM .
{ e } ~ Injil dan ajaran Nabi Isa s.a itu sendiri telah berubah dan diselewengkan sejak 30 tahun selepas ketiadaan Nabi Isa a.s . Dan jarak masa di antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Nabi Isa a.s adalah lebih 500 tahun ( disebabkan Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 20 @ 22 April , tahun 571 masehi ) . Ini bermakna kalau selepas 30 tahun ketiadaan Nabi Isa a.s Kitab Injil telah berubah , maka apatah lagi di zaman munculnya Baginda Rasulullah s.a.w ? .
Ertinya : Injil yang ada di zaman Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah berubah dan menyeleweng . Akan tetapi walaupun ianya telah berubah dan menyeleweng sebagaimana juga dengan agama Yahudi dan Kristian , Allah Ta’ala tetap memanggil mereka di dalam Al-Quranul Karim dengan “ YA AHLAL KITAB …… “ ( Wahai Ahli Kitab ! ) .
Ini bermakna Yahudi dan Kristian itu sendiri memang telah pun dipanggil Ahlul Kitab sejak zaman Baginda Rasulullah s.a.w . Dan panggilan “ Ahlul Kitab “ itu sendiri adalah bukti mereka adalah umat yang telah menyeleweng daripada ajaran-ajaran kitab-kitab yang asli . Sebab kalau mereka itu tidak menyeleweng sudah tentulah mereka itu beriman . Dan kalaulah mereka beriman sudah tentulah Allah Ta’ala akan memanggil mereka di dalam Al-Quranul Karim dengan : “ YA AIYUHAL LADZINA AMANU … ! “ ( Wahai orang-orang yang beriman ! ) , namun panggilan ini hanya khas untuk umat Islam yang beriman dengan kerasulan Baginda Rasulullah s.a.w !!! .
{ f } ~ Dakwaan “ Tidak boleh memanggil Yahudi dan Kristian itu sebagai Ahlul Kitabkerana kitab-kitab mereka sudah tidak asli dan menyeleweng “ adalah dakwaan yang tidak benar dan tidak berasas .
Kita dah nyatakan di atas , Yahudi dan Kristian sudah terlalu lama menyeleweng dan sesat termasuklah di zaman Baginda Rasulullah s.a.w sendiri . Akan tetapi Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w tetap memanggil mereka sebagai “ Ahlul Kitab “ .
***************************
B ~ “ Bagaimana boleh dianggap Yahudi dan Kristian itu Ahlul Kitab walhal mereka itu sendiri telah mensyirikkan Allah Ta’ala sebab Yahudi kata ‘Uzair adalah anak Tuhan dan Kristian pula berkata Jesus Christ adalah anak Tuhan . Sepatutnya Yahudi dan Kristian ini dipanggil MUSYRIKIN , bukannya AHLUL KITAB ! “ .
PENJELASAN KAMI :
Kita telah pun menjelaskan bahawa semua kumpulan dan golongan yang bukan Islam ini bermakna mereka adalah KAFIR dan di bawah nama KAFIR ini sendiri ada banyak jenisnya termasuklah kaum musyrikin .
Ya ! , memang benar dari satu segi Yahudi dan Kristian itu memang benar-benar telah menyekutukan ( syirik ) Allah Ta’ala disebabkan kata-kata mereka yang durjana itu ! .
Akan tetapi kalau kita memerhatikan uslub ( gaya ) bahasa Al-Quranul Karim sendiri kita akan temui :
{ a } – Tatkala Allah Ta’ala tujukan firman-Nya kepada semua manusia , maka Allah Ta’ala akan memanggil dengan : “ YA AIYU HANNAS ! “ ( Wahai semua manusia ! ) .
{ b } ~ Tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya khas untuk umat Islam maka Allah Ta’ala akan memanggil kita dengan panggilan : “ YA AIYUHAL LADZINA AMANU ! “ ( Wahai semua orang beriman ! ) .
{ c } ~ Tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya kepada Yahudi dan Kristian , Allah Ta’ala akan memanggil mereka dengan : “ YA AHLAL KITAB ! “ ( Wahai Ahli Kitab ! ) .
{ d } ~ Dan tatkala Allah Ta’ala menujukan firman-Nya kepada golongan Kafir selain Yahudi dan Kristian di atas , Allah Ta’ala memanggil mereka dengan : “ YA AIYUHAL KAFIRUN ! “ ( Wahai orang-orang kafir ! ) .
Memanglah Yahudi dan Kristian itu KAFIR , tidak syak lagi .
Memanglah Yahudi dan Kristian itu MENSYIRIKKAN ALLAH TA’ALA , akan tetapi walaupun mereka syirik kita tidak menemui sebarang ayat Al-Quranul Karim yang memanggil mereka sebagai “ Musyrikin / Musyrikun “ .
Ini menunjukkan walaupun Yahudi dan Kristian itu sendiri melakukan kerja syirik dan menjadi kafir , akan tetapi mereka sendiri ada kedudukan tersendiri menurut pandangan Islam dan mereka juga ada panggilan khusus iaitu AHLUL KITAB ! .
Samalah dengan orang-orang Islam . Apakah tidak ada di kalangan umat Islam yang menjadi ahli nujum dan dukun yang syirik kepada Allah Ta’ala ? .
Apakah tidak ada umat Islam yang menyekutukan Allah Ta’ala dengan menganut juga berbagai fahaman yang boleh menyebabkan mereka menjadi syirik seperti memohon hajat di kuburan-kuburan , memanggil hantu-setan dan jin untuk diminta bantuan ghaib , memuliakan pokok dan busut jantan !? .
Apakah tiada umat Islam yang menjadi murtad disebabkan turut menganut ideologi Sekularisme dan Komunisme !? .
Ada , memang ada umat Islam yang menjadi syirik dan murtad .
Tapi mereka tidak pula dipanggil sebagai MUSYRIKIN ataupun AHLUL KITAB ! .
Maka begitulah dengan Yahudi dan Kristian , walaupun mereka itu ada yang melakukan kerja syirik dan sesat lagi murtad akan tetapi mereka tidak dipanggil di dalam Al-Quranul Karim sebagai MUSYRIKUN ataupun KAFIRUN , tetapi dipanggil sebagai AHLUL KITAB .
Sila pelajari lagi masalah ini menerusi :
AHKAM ADZ-ZIMMIYIN WAL MUSTA’MININ
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Abdul Karim Zaidan ( ha )
Fasal 1 , halaman 10 – seterusnya
Terbitan : Muassasah ar-Risalah , Beirut
FATAWA MU’ASIRAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Jilid 3 , halaman 1169 – 240 ( tumpukan secara khusus di halaman 171 – 174 ) .
Terbitan : Darul Qalam Lin Nasyr Wat Tauzie’ , Kaherah
MAUQIFUL ISLAM al-‘AQADIY MINAL KUFR al-YAHUD WAN NASORO
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Baca semua halaman dan fokuskan pada halaman 35 dan 60
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah
FI FIQH al-AQALLIYAT al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 91 – 104
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah
AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 163 – 165
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah [ Edisi 2002 ]
HALAL DAN HARAM DALAM PANDANGAN ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Terjemahan : Al-Ustadz Muammal Hamidy ( rh )
Halaman : 95 & 267
Terbitan : PT Bina Ilmu , Surabaya [ Edisi Lengkap / Cetakan ketiga 1978 ]
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/
GHAIRUL MUSLIMIN FIL MUJTAMA’ al-ISLAMIY
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Halaman : 6 – 7
Terbitan : Maktabah Wahbah , Abideen , Kaherah [ Edisi 1992 ]
KATA-BERJAWAB 1-5
Oleh : Almarhum Ustadz A. Qadir Hasan ( rh )
Halaman : 3972 & 411
***************************
C ~ “ Memanglah kita boleh makan sembelihan dan menikahi wanita-wanita Ahlul Kitab , akan tetapi syaratnya Ahlul Kitab itu mestilah sudah memeluk Islam “ .
PENJELASAN KAMI :
Kalau Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka apalah guna lagi dipanggil mereka itu sebagai Ahlul Kitab !? . Tidakkah ini lebih menimbulkan kehairanan !? .
Jika Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka mereka secara automatik dipanggil sebagai MUSLIMIN bukannya AHLUL KITAB . Jadi untuk apa lagi disyaratkan lagi mereka mestilah Islam !? .
Kalau wanita-wanita Ahlul Kitab itu sudah memeluk Islam maka mereka tidak lagi dipanggil sebagai KITABIYAH / KITABIYAT tetapi mereka akan dipanggil pula sebagai MUSLIMAH / MUSLIMAT ! .
Kami tidak pernah pun berjumpa dengan mana-mana keterangan yang kuat ( sepanjang pengetahuan kami ) , sama ada hadist-hadist sahih ataupun fatwa-fatwa ulama’ rh yang muktabar yang meletakkan syarat seperti di atas . Kalau ada cubalah ditunjukkan kepada kami , mudah-mudahan kami boleh menukar pendirian kami ini dan menjadi lebih terpimpin ! .
Setakat kata-kata tok guru itu dan tok guru ini maka itu bukanlah hujah muktamad , apatah lagi kami sendiri telah membawa sejumlah dalil-dalil daripada Al-Quranul Karim , Hadist-Hadist , Fatwa-Fatwa dan pandangan-pandangan ulama’ muktabar yang mengatakan bahawa AHLUL KITAB ITU MASIH WUJUD LAGI DAN MEREKA ITU MEMANGLAH KAFIR ! .
KESIMPULAN TERAKHIR :
Jelas sudah kepada kita bahwa Ahlul Kitab itu masih wujud lagi dan mereka ialah para pengikut agama Yahudi dan Kristian . Dan gelaran “ Ahlul Kitab “ ini sama-sekali TIDAK MENUNJUKKAN bahawa Yahudi dan Kristian itu adalah orang-orang yang beriman tetapi ia lebih menunjukkan bahawa mereka adalah orang-orang yang engkar ( kafir ) dan terkeluar daripada agama yang benar ( murtad ) .
Para pengikut dakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s yang asli dan yang sebenar BUKANLAH AHLUL KITAB tetapi mereka adalah orang-orang Islam yang beriman dengan Allah Ta’ala dan memeluk Islam di tangan Para Anbiya’ a.s yang sezaman dengan mereka .
Oleh itu para pengikut Nabi Ibrahim a.s BUKANLAH Ahlul Kitab, bahkan mereka adalah MUSLIMIN .
Para pengikut Nabi Musa a.s dan Taurat yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab, bahkan mereka adalah MUSLIMIN .
Para Pengikut Nabi Daud a.s dan Zabur yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab , bahkan merekalah MUSLIMIN .
Para Pengikut Nabi Isa a.s ( Al-Hawariyun ) yang sebenar BUKANLAH Ahlul Kitab , bahkan mereka juga adalah MUSLIMIN .
Muslimin bukanlah Ahlul Kitab ! .
Ahlul Kitab juga bukanlah Muslimin ! .
Ini disebabkan Ahlul Kitab itu adalah KAFIR ( non-muslims ) ! .
Disebabkan mereka adalah BUKAN ISLAM , maka kita MENGKAFIRKAN mereka ! .
Ahlul Kitab juga biasa digelar sebagai “ al-Kitabiy “ , “ al-Kitabiyah “ . “ al-Kitabiyun “ , “ al-Kitabiyin “ , “ The People of the book “ dan “ The People of the Scripture “ .
Sila pelajari lagi mengenai hal ini menerusi :
SJ – 1792 : BEZA AGAMA-AGAMA PARA ANBIYA ‘ ( A.S )
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7824
SJ – 1843 : PERBEZAAN DI ANTARA SUHUF DGN KITAB
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8034
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
Sebahagian besar daripada bahan rujukan dan saranan pembacaan telah pun dinyatakan di atas . Di sini sebagai tambahan demi menambah lagi kefahaman kita bersama :
PEOPLE OF THE BOOK ( THE CHOICE , VOL 1 & 2 )
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Ahmed Deedat ( ha )
Terbitan : Darul Manarah , El-Mansoora , Egypt
SABA Islamic Media Malaysia pun turut sama menerbitkan buku ini .
KAMUS PENGETAHUAN ISLAM
Oleh : ( Datuk ) Hj. Dusuki Hj. Ahmad
Halaman 21
Terbitan : YADIM [ Edisi 1976 ]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan sepatah dua kata!