Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Rabu, 22 Januari 2014

Memberi nasihat dan tazkirah setiap hari atau setiap waktu - sunnah kah?

BismiLlah,
Assalamualaikum wrh. wbt.



Saya ingin mengimbas kembali zaman persekolahan dan juga di kampus yang mana ada sesi tazkirah sama ada panjang atau ringkas yang diadakan dengan begitu kerap. Terlalu banyak input juga tidak begitu bagus jika 'telinga' kita tidak bersedia untuk menerimanya. 

Tiada siapa yang menyangkal bahawa sesi takzirah merupakan suatu sesi yang amat baik. Memberi peringatan agama kepada individu lain. Ia amatlah bermanfaat.


Namun, tiada siapa juga yang boleh menyangkal bahawa sesi tazkirah yang terlau kerap boleh mendatangkan kebosanan kepada individu lain. Kalau dah bosan dan jemu, mula lah ada yang menjauhkan diri dan tak mahu mendengar lagi. Ada juga yang cuma sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Lebih teruk lagi ada yang menggunakan akal-akalan sendiri yang kurang tepat berkaitan hal agama kerana ketandusan idea dalam menyampaikan tazkirah. Kurang persediaan menyebabkan perkara yang disampaikan bersumberkan hadith-hadith yang tidak disemak darjatnya, bercampur-baur dengan hadith dhaief dan juga palsu.

Apa kata sunnah mengenai penyampai tazkirah yang terlalu kerap ini?


كَانَ عَبْدُ اللَّهِ يُذَكِّرُنَا كُلَّ يَوْمِ خَمِيسٍ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِنَّا نُحِبُّ حَدِيثَكَ وَنَشْتَهِيهِ وَلَوَدِدْنَا أَنَّكَ حَدَّثْتَنَا كُلَّ يَوْمٍ فَقَالَ مَا يَمْنَعُنِي أَنْ أُحَدِّثَكُمْ إِلَّا كَرَاهِيَةُ أَنْ أُمِلَّكُمْ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَتَخَوَّلُنَا بِالْمَوْعِظَةِ فِي الْأَيَّامِ كَرَاهِيَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا

Terjemahan: 

"Adalah ‘Abdullah bin Mas’ud memberi tazkirah (nasihat) kepada kami semua pada setiap hari khamis, lalu suatu hari ada seorang berkata kepadanya, “Wahai Aba 'Abd al-Rahman, saya menyukai tazkirah kamu, ingin sekali saya kalau tuan dapat memberikan tazkirah kepada kami setiap hari”. Maka Ibn Mas'ud menjawab, “Sesungguhnya, tiada apa yang menghalang aku dari memberi kamu tazkirah setiap hari kecuali tidak suka kamu semua menjadi jemu dan bosan (akibat mendengar tazkirah setiap hari), sesungguhnya Nabi SAW mengintai-ngintai waktu dalam hari-hari (1 hari dalam seminggu) untuk memberikan nasihat kepada kami kerana bimbangkan kami menjadi jemu dan bosan"

[Hadith dikeluarkan al-Bukhari dan Muslim, dalam kitab Sahih mereka]

Oleh itu, adalah lebih baik jika kita ikut sunnah tersebut. Kita elakkan orang merasa jemu dan bosan. Cari waktu dengan jaraknya yang sesuai. Elakkan orang menjadi bosan dengan kita, apatah lagi dengan apa yang hendak kita sampaikan! 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan sepatah dua kata!