Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Ahad, 25 November 2018

Muslim Uyghur yang tertindas - Penindasan TERBURUK dalam sejarah manusia sejak penjajahannya.

Image result for uyghur
“Pedang telah dihunus, dan kita akan mendengar dentuman guruh,” kata Chen Quanguo kepada pegawai-pegawainya. “Saudara: adakah anda bersedia?” teriak wakil Xi Jinping itu. China telah melancarkan penindasan sistematik terhadap muslim Uighur.
“Kami semua bersedia!” Balas pegawai-pegawai China dengan garang.
Xinjiang asalnya dikenali sebagai Turkistan Timur. Dibuka di zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah lagi. Ianya wilayah Islam sebelum dijarah komunis China. Xinjiang adalah wilayah yang bersempadan Pakistan dan Afghanistan. Hampir 4/5 penduduk selatan Xinjiang keturunan Uighur. Tanah air kepada kira-kira 10 juta kaum muslimin ini sekarang sedang dijajah & diratah teruk oleh China sejak tahun 1949 hinggalah sekarang. Salah satu strategi China bagi melemahkan muslim Uighur, ialah dengan meningkatkan populasi etnik Han yang bukan muslim. Dengan ini, pengaruh Islam semakin berkurang. Semakin ramai cina non-muslim, semakin lemah muslim Uighur.
Sejak tempoh penjajahannya hingga ke hari ini, China dengan kejamnya telah membunuh sebanyak 60 juta lebih umat Islam Uighur. 10 kali ganda ramainya dari jumlah para syuhada Bosnia, Iraq, Afghanistan, Chechnya & Palestin. Pada tahun 1952 sahaja, China telah menghukum bunuh 120,000 orang dari umat Islam di sana yg kebanyakkannya adalah para alim ulama, dan perkara ini telah disebut sendiri oleh Burhan Syahidi iaitu salah seorang pemerintah Turkistan Timur ketika itu. Hampir 200 orang terbunuh dan lebih daripada 1,000 cedera dalam rusuhan pada bulan Julai 2009. Muslim Uighur, marah terhadap diskriminasi daripada majoriti etnik Han China dan kerajaan. Kerajaan bertindak balas dengan mengerahkan tentera menahan ribuan demonstran. Internet terus shut down.
Dari tahun 1949 hingga 1979, penjajah China telah meruntuhkan 1000 buah masjid di sana. Dari tahun 1979 hingga sekarang, penjajah ini telah mengunci 1200 masjid, dan telah cuba sedayanya utk menukarkan sebahagiannya menjadi pusa pejabat parti komunis. Bukan setakat cuba menyekat umat Islam dari beribadat di masjid-masjid, malah ibadat puasa di bulan Ramadan juga adalah dilarang. Juga tidak dapat dipastikan adakah sambutan hari raya aidilfitri disana masih kekal wujud ataupun tidak. Kebencian mereka juga cukup memuncak terhadap para pembaca & pencinta al Quran. Hingga kini, mereka telah membakar 370,000 pusat-pusat tahfiz al Quran di kota Urumqi, ibu kota Xinjiang. Undang-undang China memaksa ibu bapa untuk mengubah nama-nama Muslim semua kanak-kanak di bawah umur 16 tahun. Sesiapa saja yang mengajarkan tentang Islam akan dipenjara selama dua tahun.
China juga telah memaksa 54,000 orang pegawai-pegawai agama bekerja sebagai tentera kerahan. Mereka juga telah membakar wanita berhijab yang enggan menanggalkan hijab mereka. Muslimah dibakar hidup-hidup di kota Kashgar dan kota-kota lain. Pemerintahan kukubesi itu tidak mempunyai belas kasihan.
Image result for uyghur muslim women
Sekitar tahun 2017, China telah memaksa pihak kerajaan Mesir untuk menyerahkan pelajar-pelajar al Azhar dari Xinjiang dikembalikan ke negara mereka, habis berselerak muslim Uighur yang malang ini lari menyorok & menyembunyikan diri di sekitar Madinah Nasr, Kaherah. Ibu bapa mereka ditahan & diugut bunuh andai tidak pulang. Ramai yg ditangkap & diserahkan secara paksa. Hingga kini juga tidak diketahui adakah pelajar-pelajar tersebut masih hidup atau sudah bergelar syuhada.
Mesir menangkap pelajar Uyghur sebagai pengusiran atas perintah China, menurut Human Rights Watch. Sekurang-kurangnya 70 lelaki dan wanita telah ditangkap. Rejim zalim Sisi menceroboh rumah ke rumah. Presiden Mesir itu telah membuang nilai ukhwah sesama Islam.
Seorang pelajar Uyghur memberitahu Radio Free Asia (RFA) bahawa ada yang pulang ke rumah dan terus ghaib. “Kami tidak dapat menghubungi mereka. Kesusahan bersarang di setiap fikiran pelajar Uyghur.” Polis dan pegawai China di Xinjiang selatan memberitahu RFA bahawa kempen itu adalah usaha untuk menyiasat idea-idea politik pelajar yang diarahkan pulang ke rumah di China.
Walaupun China menuduh komuniti Uyghur melakukan serangan pengganas, pakar-pakar di luar China mengatakan Beijing telah membesar-besarkan ancaman dari Uyghur. Dasar domestik yang menindas bertanggungjawab atas peningkatan dalam keganasan. Ia menyebabkan beratus-ratus mati sejak tahun 2009.

Image result for uyghur muslim massacre

Xinjiang kini dipenuhi pusat pemeriksaan, balai polis, dan kamera cctv. Sistem penjejakan satelit wajib dipasang di dalam kereta. Setiap kali memasuki pasar, membeli bahan api, atau melawat tempat-tempat seperti terminal utama bas Urumqi, muslim Uighur wajib direkod kamera. Stesen minyak pula dikelilingi dawai besi. Sistem ini turut diaplikasi di Kashgar, suatu wilayah silk road. “Mereka telah membina balai polis bagi setiap beberapa blok atau lebih. Polis memeriksa kami setiap hari, tidak kira jika anda seorang doktor, guru, sesiapa sahaja”, lapor seorang penduduk tempatan. Hampir 100,000 anggota keselamatan dalam tempoh 12 bulan telah dikerah. Kedai-kedai di bandar dipaksa mengambil dan membayar pengawal keselamatan yang memakai armband merah dan bersenjatakan baton.
Muslim Uighur menjadi ‘tikus makmal’ kepada rejim China. Sistem pengenalan wajah (facial-recognition systems) mengkatalogkan setiap warga cina muslim. Ia memberi amaran kepada pihak berkuasa apabila mereka keluar lebih 1,000 kaki dari kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan selamat, termasuk rumah dan tempat kerja. Projek yang menceroboh privasi rakyat ini dirahsiakan dari media umum. Ia menggantikan surat keizinan di zaman silam. Diarahkan oleh Presiden Xi Jinping sebagai respon terhadap serangan maut yang melibatkan Uighur pada tahun 2013 dan 2014. Uighur disalahkan atas keganasan di Dataran Tiananmen dan stesen kereta api di Guangzhou dan Kunming.
Ia adalah sebahagian besar usaha China selama dua tahun untuk membina rangkaian sekuriti domestik. China sedang berusaha menguasai 46 peratus, atau kira-kira $ 8 bilion, daripada pasaran facial recignition bernilai $ 17.3 bilion menjelang akhir tahun, menurut Jon Cropley, penganalisis utama kanan di IHS Markit. China memperuntukkan 938 bilion yuan ($ 146 bilion) untuk keselamatan domestik pada tahun 2015. Diselia oleh China Electronics Technology Group, kontraktor pertahanan negara yang membina radar tentera dan sistem angkasa. Ia dimaktubkan dalam inisiatif keselamatan dalam negeri. Projek ini adalah sebahagian dari usaha untuk membangunkan perisian mengumpul data tingkah laku dalam meramalkan terrorisme sebelum ia berlaku.
“Sistem seperti ini jelas sesuai untuk mengawal orang,” kata Jim Harper, naib presiden eksekutif Institut Perusahaan Kompetitif dan ahli pengasas Jawatankuasa Penasihat Privasi dan Integriti Data Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika.
Image result for uyghur muslim massacre
Seorang lelaki pertengahan umur yang menjual sparepart kereta meluahkan bahawa sistem sekuriti ini telah membunuh ekonomi tempatan. Seperti kebanyakan lelaki Uighur, dia sering berkunjung ke negara-negara Asia Tengah dalam perniagaan – dan seperti setiap Uighur lain, dia tidak mahu menggunakan namanya kerana takut menghadapi masalah dengan polis.
“Ia hampir mustahil untuk saya menjalankan perniagaan saya sekarang,” lelaki itu mengadu. “Saya tidak boleh pergi ke luar negara kerana polis telah merampas semua pasport kami. Anda perlu meminta izin untuk pergi sekarang, dan apabila anda kembali dari perjalanan, mereka menahan anda dan bertanya apa yang anda lakukan di sana, apa yang anda lihat.”
Tambahnya lagi, penindasan ini juga memberi kesan peribadi.
“Kami tidak dapat melawat saudara-mara kami lagi,” katanya. “Jika kita cuba, polis tempatan akan datang untuk memeriksa kami untuk melihat apa yang kami lakukan di sana.”
Di daerah lain Xinjiang, kerajaan telah menubuhkan pusat pendidikan semula politik, di mana muslim Uighur yang telah mengembara ke luar negara ditahan kadang-kadang selama berbulan-bulan. Dan terpaksa menonton video propaganda, mengambil kelas bahasa Mandarin dan identiti Cina sebelum dibebaskan.
Polis kini menghalang penduduk di jalan dan memaksa mereka menyerahkan telefon. Kemudian mereka menyambungkannya ke komputer dan memaksa penduduk untuk memuat turun aplikasi kerajaan. Aplikasi ini menyemak secara automatik sama ada telefon anda dibenarkan oleh kerajaan. Jika tidak, ia akan meminta anda memadamnya. Ia juga akan mengesan video tentang keganasan dan perkara-perkara berkaitan. Aplikasi kamera yang boleh edit diharamkan.
“Di mana sahaja anda pergi, mereka memeriksa ID anda,” dia mengeluh. “Restoran dan kedai-kedai membazirkan wang untuk menggaji pengawal keselamatan. Tidak ada tempat yang menyeronokkan untuk keluar pada waktu malam kerana semuanya ditutup awal.” Kesal seorang rakyat Xinjiang.
Doktrin komunis dipaksakan rejim China.
Sepanjang jalan, kedengaran lagu-lagu propaganda bahasa Mandarin yang sama: mengenai undang-undang lalu lintas, dan lagu akustik yang menggalakkan nilai Komunis teras. Kerajaan memaksa kedai-kedai dan restoran-restoran di kawasan kejiranan Uighur untuk menyiarkan kedua-dua lagu itu sepanjang hari.
Image result for uyghur muslim massacre
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi teman kepercayaanmu orang-orang yang, di luar kalanganmu (karena) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudharatan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami), jika kamu memahaminya”
(QS:ali Imran. 118)
Rasulullah bersabda, “Nyaris orang-orang kafir menyerbu dan membinasakan kalian, seperti halnya orang-orang yang menyerbu makanan di atas piring.” Seseorang berkata, “Apakah karena sedikitnya kami waktu itu?” Beliau bersabda, “Bahkan kalian waktu itu banyak sekali, tetapi kamu seperti buih di atas air. Dan Allah mencabut rasa takut musuh-musuhmu terhadap kalian serta menjangkitkan di dalam hatimu penyakit wahn.” Seseorang bertanya, “Apakah wahn itu?” Beliau menjawab, “Cinta dunia dan takut mati,”
(HR. Ahmad, Al-Baihaqi, Abu Dawud).
Rujukan:
1. Ibn Shihab al-Dimasyq. https://www.facebook.com/100002435244821/posts/1714863561938135/
2. Human Rights Watch
3. China Keeps A Close Eye On Muslims. https://www.scribd.com/article/369460854
4. Wary Of Unrest Among Uighur Minority, China: https://www.scribd.com/article/359934699
5. Egypt Rounding Up Uyghur Students For Deportation. https://www.scribd.com/article/353121021

Selasa, 5 Disember 2017

Saya kongsikan tulisan indah dari seorang ilmuan untuk bacaan semua. Salam emosi..


12 Rabi’ul Awwal 11H: Baginda Pergi Tidak Kembali


“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Aneh.
Mencintai insan yang belum ada.
Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.
Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.
Cinta luar biasa.
Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.
SAKIT RASULULLAH
“Kepalaku!” kata Aisyah.
Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.
“Bahkan kepalaku juga wahai Aisyah. Oh kepalaku!” kata Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Jika suami pening, tangan isteri yang memicit banyak mendatangkan rasa lega.
Jika isteri yang sakit, belaian seorang suami adalah penyembuh paling berharga.
Tetapi di malam itu kedua-duanya sakit. Kepala mereka berat.
“Janganlah engkau bersusah hati wahai Aisyah. Seandainya engkau mati sebelumku, nescaya aku akan menyempurnakan urusanmu. Aku akan mandikan dikau, kukafankan dirimu dan akan kudirikan solat buatmu serta engkau akan kukebumikan!!”, usik sang suami.
“Demi Allah, aku rasa kalau begitulah kisahnya pasti selepas itu engkau akan pulang ke rumahku dan berpesta gembira dengan isteri-isterimu yang masih hidup!” si isteri tersentak dengan gurauan sang suami.
Merajuk.
Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam ketawa.
Dalam sakit yang luar biasa itu, baginda masih suami yang hangat dengan mawaddah. Sakitnya tidak menjadikan beliau keluh kesah. Sempat pula mengusik isteri yang tidak tentu rasa.
SENYUMAN PERPISAHAN
Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.
Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,
Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.
“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.
Wajah itu mengubat rindu mereka.
Tiga hari yang hilang warna dan sepi.
Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.
Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.
Sangka mereka itu senyum kesembuhan.
Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…
Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.
“Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa…” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.
“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.
Tangan itu rebah terkulai.
Basah dalam bejana air.
Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.
Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.
Merindui saudara-saudaranya.
Kita.
SEBUAH PERTANYAAN CINTA
Justeru…
Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?
Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?
Hati kecil itu tidak mampu berbohong.
Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….
 Ù„ا ÙŠُؤمِÙ†ُ أحدُكم Ø­ØªÙ‰ Ø£ÙƒÙˆÙ†َ Ø£Ø­Ø¨َّ إليهِ من والدِÙ‡ وولدِÙ‡ والناسِ أجمعينَ
“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

Selasa, 12 September 2017

Benarkah Benua Amerika asalnya Benua Islam?



Gambar Hiasan
 Benua Amerika Adalah Benua Muslim!
Benua Amerika yang kita kenal saat ini ternyata memiliki hubungan sejarah yang sangat kuat dengan Islam. Nampak sekali dari banyaknya jejak-jejak peninggalan yang tersisa dan masih bisa kita saksikan sampai detik ini, yang paling banyak adalah jejak tentang nama-nama wilayah yang sangat signifikan dengan Islam. Amerika sudah mengenal Islam, jauh sebelum para perompak dari Eropah datang. Islam sudah menjadi kultur budaya di Amerika hingga akhirnya punah dan dimurtadkan oleh para misionaris kristian asal Eropah.
Jika Anda mengunjungi Washington DC, datanglah ke Perpustakaan Kongres (Library of Congress). Lantas, mintalah dokumen perjanjian pemerintah Amerika Serikat dengan suku Cherokee, salah satu suku Indian, tahun 1787. Di sana akan ditemukan tanda tangan Ketua Suku Cherokee saat itu, bernama Abdel Khak dan Muhammad Ibnu Abdullah.
Isi perjanjian itu antara lain adalah hak suku Cherokee untuk melangsungkan keberadaannya dalam perdagangan, perkapalan, dan bentuk pemerintahan suku cherokee yang saat itu berdasarkan hukum Islam. Lebih lanjut, akan ditemukan kebiasaan berpakaian suku Cherokee yang menutup aurat, sedangkan kaum laki-lakinya memakai turban (serban) dan terusan hingga sebatas lutut.
Cara berpakaian ini dapat ditemukan dalam foto atau lukisan suku cherokee yang diambil gambarnya sebelum tahun 1832. Kepala suku terakhir Cherokee sebelum akhirnya benar-benar punah dari daratan Amerika adalah seorang Muslim bernama Ramadan Ibnu Wati.
Ramadhan Ibnu Wati
Berbicara tentang suku Cherokee, tidak akan lepas dari Sequoyah. Ia adalah orang asli suku cherokee yang berpendidikan dan menghidupkan kembali Syllabary, suku mereka pada 1821. Syllabary adalah semacam aksara. Jika kita sekarang mengenal abjad A sampai Z, maka suku Cherokee memiliki aksara sendiri.
Yang membuatnya sangat luar biasa adalah, aksara yang dihidupkan kembali oleh Sequoyah ini mirip sekali dengan aksara Arab. Bahkan, beberapa tulisan masyarakat cherokee abad ke-7 yang ditemukan terpahat pada bebatuan di Nevada sangat mirip dengan kata ”Muhammad” dalam bahasa Arab.
Bukti dalam sumber-sumber Barat:
1). Profesor Barry Fell (Baca: Biografi Sejarah dari Wikipedia), dari Harvard University dan juga anggota dari American Academy of Science dan Seni, Royal Society, epigrafi Society dan Masyarakat Penemuan Ilmiah dan Purbakala, yakin tentang kedatangan Islam di Amerika pada tahun 650-an, 2 prediksi pendapat ini pada kaligrafi Cufic adalah peradaban yang ditemukan di berbagai penggalian di seluruh Amerika. Jika kata-kata Profesor Fell memiliki nilai kebenaran, maka umat Islam telah tiba di Amerika selama era Khalifah Uthman, atau setidaknya di masa Ali, khalifah keempat.
2). Bukti kedua yang ditawarkan oleh Profesor Fell adalah bahwa tulisan “In the Name of Allah” (gambar 1). Demikian juga, batu bersurat tulisan “Muhammad adalah Nabi Allah” (gambar 2) adalah berkaitan dengan era yang sama. Seperti terlihat dengan perbandingan dua gambar, inskripsi tidak dalam gaya modern Arab, sebaliknya mereka berada dalam gaya Cufic, relevan dengan abad ketujuh.
Gambar 1

Orang-orang Arab, sesuai dengan temuan Profesor Fell, menetap di Nevada selama abad ketujuh dan kedelapan. Keberadaan awal dari sebuah sekolah, yang diajarkan Islam dan ilmu pengetahuan, khususnya navigasi, telah terungkap setelah penyelidikan arkeologi yang dilakukan oleh Profesor Heizer dan Baumhoff of California Universitas sekitar WA 25 di situs Nevada. Penggalian di Nevada telah menemukan tulisan di naskhi Arab dan gaya Cufic yang tertulis di batu yang membawa informasi tentang sekolah ini.
 Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4

3). Pada abad kedua belas, Athapcan Tribe, terdiri dari Apache asli dan Navajos, menyerbu wilayah yang dihuni oleh orang-orang Arab. Pribumi yang buta huruf terpesona dengan sekolah-sekolah yang didirikan oleh orang-orang Arab, dan, mungkin dengan bantuan tawanan, berusaha meniru subjek yang sama, mengubah bentuk geometris menjadi binatang mitos, yang dilakukan selama berabad-abad.
Gambar-5
4). Gambar 5 adalah tulisan Cufic ditemukan pada tahun 1951 di White Mountains, dekat dengan kota Benton di berdekatan Nevada. Kata-kata Syaitan maha mayan, iaitu Iblis adalah sumber dari segala kebohongan, telah ditulis dalam gaya Cufic khas abad ketujuh.
Gambar 6
5). Sekali lagi, sebuah inskripsi batu milik pasca-650 CE, tertulis huruf Cufic H-M-I-D, kata Hamid (gambar 6). Tulisan Arab lain yang ditemukan di bebatuan Atlata di Valley of Fire di Nevada.
Gambar 7
6). Seorang Penulis Jurnal Amerika, saat bepergian dari Malden ke Cambridge di negara bagian Massachusetts pada tahun 1787, menulis, Pendeta Thaddeus Mason Harris melihat beberapa syiling ditemukan oleh pekerja selama pembangunan jalan. Para pekerja, tidak mempedulikan syiling tersebut. Akibatnya, Harris memutuskan untuk mengirim uang tersebut ke perpustakaan Harvard College untuk pemeriksaan (gambar 7). Penelitian menghasilkan bahawa ini sebenarnya adalah Samarqand Dirham dari abad kedelapan dan kesembilan. Seperti dapat dilihat pada gambar, koin nyata menampilkan prasasti La ilaha illa-Allah Muhammadun Rasulullah (Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Muhammad adalah Rasul-Nya) dan Bismillah (dengan nama Allah).
Gambar 8
7). Gambar 8 menunjukkan sepotong batu ditemukan di sebuah gua di wilayah Corinto di El Salvador. Batu bertulis inskripsi Malaka Haji Malaya ini telah diidentifikasi sebagai abad ketiga belas yang menunjukkan kedatangan Muslim di Amerika Selatan, yang mungkin datang dari suatu tempat di daerah Indonesia.
Secara umum, suku-suku Indian di Amerika juga percaya adanya Tuhan yang menguasai alam semesta. Tuhan itu tidak teraba oleh panca indera. Mereka juga meyakini, tugas utama manusia yang diciptakan Tuhan adalah untuk memuja dan menyembah-Nya. Seperti penuturan seorang Kepala Suku Ohiyesa: ”In the life of the Indian, there was only inevitable duty-the duty of prayer-the daily recognition of the Unseen and the Eternal.” Bukankah Al-Qur’an juga memberitakan bahawa tujuan penciptaan manusia dan jin semata-mata untuk beribadah pada Allah.
Subhanallah… Bagaimana Ketua suku Indian Cheeroke itu Muslim? Sejarahnya panjang.
PENEMU BENUA AMERIKA PERTAMA ITU ADALAH LAKSAMANA CHENG HO (SEORANG MUSLIM DARI CINA), BUKAN COLOMBUS
RED INDIAN AMERIKA ASALNYA MUSLIM SEBELUM KEHADIRAN C.COLUMBUS-4
Semangat orang-orang Islam dari Cina saat itu untuk mengenal lebih jauh planet (tentunya saat itu nama planet belum terdengar) tempat tinggalnya, selain untuk melebarkan pengaruh, mencari jalur perdagangan baru dan tentu saja memperluas dakwah Islam, mendorong beberapa pemberani di antara mereka untuk melintasi area yang masih dianggap gelap dalam peta-peta mereka saat itu.
Beberapa nama tetap begitu kesohor sampai saat ini bahkan hampir semua orang pernah mendengarnya, sebut saja Tjeng Ho dan Ibnu Batutta, namun beberapa lagi hampir-hampir tidak terdengar dan hanya tercatat pada buku-buku akademis.
Para ahli geografi dan intelektual dari kalangan Muslim yang mencatat perjalanan ke benua Amerika itu adalah Abul-Hassan Ali Ibn Al Hussain Al Masudi (meninggal tahun 957), Al Idrisi (meninggal tahun 1166), Chihab Addin Abul Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) dan Ibn Battuta (meninggal tahun 1369).
Menurut catatan ahli sejarah dan ahli geografi muslim Al Masudi (871 – 957), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad seorang navigator muslim dari Cordoba di Andalusia, telah sampai ke benua Amerika pada tahun 889 Masehi. Dalam bukunya, ‘Muruj Adh-dhahab wa Maadin al-Jawhar’ (The Meadows of Gold and Quarries of Jewels), Al Masudi melaporkan bahwa semasa pemerintahan Khalifah Spanyol Abdullah Ibn Muhammad (888 – 912), Khashkhash Ibn Saeed Ibn Aswad berlayar dari Delba (Palos) pada tahun 889, menyeberangi Lautan Atlantik, hingga mencapai wilayah yang belum dikenal yang disebutnya Ard Majhoola, dan kemudian kembali dengan membawa berbagai harta yang menakjubkan.
Sesudah itu banyak pelayaran yang dilakukan untuk mengunjungi daratan di seberang Lautan Atlantik, yang gelap dan berkabut itu. Al Masudi juga menulis buku ‘Akhbar Az Zaman’ yang memuat bahan-bahan sejarah dari pengembaraan para pedagang ke Afrika dan Asia.
Dr. Youssef Mroueh juga menulis bahwa selama pemerintahan Khalifah Abdul Rahman III (tahun 929-961) dari dinasti Umayyah, tercatat adanya orang-orang Islam dari Afrika yang berlayar juga dari pelabuhan Delba (Palos) di Spanyol ke barat menuju ke lautan lepas yang gelap dan berkabut, Lautan Atlantik. Mereka berhasil kembali dengan membawa barang-barang bernilai yang diperolehnya dari tanah yang asing.
Beliau juga menuliskan menurut catatan ahli sejarah Abu Bakr Ibn Umar Al-Gutiyya bahwa pada masa pemerintahan Khalifah Spanyol, Hisham II (976-1009), seorang navigator dari Granada bernama Ibn Farrukh tercatat meninggalkan pelabuhan Kadesh pada Februari tahun 999 melintasi Lautan Atlantik dan mendarat di Gando (Kepulaun Canary).
Ibn Farrukh berkunjung kepada Raja Guanariga dan kemudian melanjutkan ke barat hingga melihat dua pulau dan menamakannya Capraria dan Pluitana. Ibn Farrukh kembali ke Spanyol pada Mei 999.
Perlayaran melintasi Lautan Atlantik dari Maroko dicatat juga oleh penjelajah laut Shaikh Zayn-eddin Ali bin Fadhel Al-Mazandarani. Kapalnya berlepas dari Tarfay di Maroko pada zaman Sultan Abu-Yacoub Sidi Youssef (1286 – 1307), raja keenam dalam dinasti Marinid. Kapalnya mendarat di pulau Green di Laut Karibia pada tahun 1291. Menurut Dr. Morueh, catatan perjalanan ini banyak dijadikan referensi oleh ilmuwan Islam.
Sultan-sultan dari kerajaan Mali di Afrika barat yang beribukota di Timbuktu, ternyata juga melakukan perjalanan sendiri hingga ke benua Amerika. Sejarawan Chihab Addin Abul-Abbas Ahmad bin Fadhl Al Umari (1300 – 1384) memerinci eksplorasi geografi ini dengan seksama. Timbuktu yang kini dilupakan orang, dahulunya merupakan pusat peradaban, perpustakaan dan keilmuan yang maju di Afrika. Ekspedisi perjalanan darat dan laut banyak dilakukan orang menuju Timbuktu atau berawal dari Timbuktu.
Sultan yang tercatat melanglang buana hingga ke benua baru saat itu adalah Sultan Abu Bakari I (1285 – 1312), saudara dari Sultan Mansa Kankan Musa (1312 – 1337), yang telah melakukan dua kali ekspedisi melintas Lautan Atlantik hingga ke Amerika dan bahkan menyusuri sungai Mississippi.
Sequoyah atau yang Dikenal dengan George Gist
Voyages_of_Zheng_He_1405-33
Sultan Abu Bakari I melakukan eksplorasi di Amerika tengah dan utara dengan menyusuri sungai Mississippi antara tahun 1309-1312. Para eksplorer ini berbahasa Arab. Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan dalam peta berwarna Piri Re’isi yang dibuat tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan belahan bumi bagian barat, Amerika selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brasil secara cukup akurat.
Dua abad kemudian, penemuan benua Amerika diabadikan di dalam peta berwarna Piri Re’isi yang dibuat pada tahun 1513, dan dipersembahkan kepada raja Ottoman Sultan Selim I tahun 1517. Peta ini menunjukkan letak belahan bumi bagian barat, Amerika Selatan dan bahkan benua Antartika, dengan penggambaran pesisiran Brasil secara cukup akurat.
Columbus sendiri mengetahui bahwa orang-orang Carib (Karibia) adalah pengikut Nabi Muhammad. Dia paham bahwa orang-orang Islam telah berada di sana, terutama orang-orang dari Pantai Barat Afrika. Mereka mendiami Karibia, Amerika Utara dan Selatan. Namun tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudak rakyat Amerika, orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan menikahi orang-orang pribumi.
Sultan Abdul Hamid II Ottoman
Lebih lanjut Columbus mengakui pada 21 Oktober 1492, 70 tahun dalam pelayarannya antara Gibara dan Pantai Kuba melihat sebuah masjid (berdiri di atas bukit dengan indahnya menurut sumber tulisan lain). Sampai saat ini sisa-sisa reruntuhan masjid telah ditemukan di Kuba, Mexico, Texas dan Nevada.
Namun, tidak seperti Columbus yang ingin menguasai dan memperbudak, bahkan membantai rakyat Amerika asli (baca: Kebohongan Amerika tentang Christopher Columbus), Orang-Orang Islam datang untuk berdagang dan bahkan beberapa di antaranya menikahi orang-orang pribumi.
Dan tahukah Anda? Bahwa 2 orang nahkoda kapal yang dipimpin oleh Columbus, kapten kapal Pinta dan Nina adalah orang-orang Islam, yaitu dua bersaudara Martin Alonso Pinzon dan Vicente Yanex Pinzon yang masih keluarga dari Sultan Maroko Abuzayan Muhammad III (1362). (THACHER, JOHN BOYD: Christopher Columbus, New York 1950).
Banishing the Indians
piri reis map
Sekitar 70 tahun sebelum Columbus menancapkan benderanya di tanah Amerika, Laksamana Cheng Ho sudah terlebih dahulu datang ke sana. Para peserta seminar yang diutus oleh Royal Geographical Society di London sangat kaget karena penemuan seorang kru kapal selam dan uraian sejarawan bernama Gavin Menzies. Dia juga seorang mantan perwira Angkatan Laut Kerajaan Inggris (baca: Biography Gavin Menzies).
Menzies yang tampil dengan penuh keyakinan, menjelaskan teorinya tentang pelayaran terkenal dari pelaut mashur asal Cina, Laksamana Cheng Ho. Bersama bukti-bukti yang ditemuinya dari catatan sejarah, dia lantas membuat kesimpulan bahawa pelaut serta pengembara ulung dari Dinasti Ming itu adalah penemu awal benua Amerika, dan bukannya Columbus.
Bahkan menurutnya, Cheng Ho ‘mengalahkan’ Columbus dengan jarak (perbedaan) waktu sekitar 70 tahun. Apa yang dikemukakan Menzies tentu membuat semua orang tertipu karena masyarakat dunia selama ini mengetahui bahawa Columbus-lah penemu benua Amerika pada sekitar abad ke-15. Penjelasan Menzies ini dikuatkan dengan sejumlah bukti sejarah.
Perbandingan kapal layar Colombus dengan Laksamana Cheng Ho
Menzies menunjukkan sebuah peta sebelum Columbus memulai ekspedisinya, lengkap dengan gambar benua Amerika serta sebuah peta astronomi milik Cheng Ho yang disandarkan sebagai bahan bukti. Menzies sangat yakin setelah ia meneliti ketepatan dan kesahihan bahan-bahan bersejarah tersebut.
TAK MUSTAHIL, TAMADUN-TAMADUN HEBAT AZTEC , MACHU PICHU DAN PUMAPUNGKU DIBENUA LATIN JUGA SUDAH MENGENALI ISLAM SEBELUM KEHADIRAN “PENYANGAK2” EROPAH YANG MELENYAPKAN MEREKA UNTUK MERUBAH SEJARAH