Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Selasa, 18 Ogos 2015

Kisah Imam al Bukhari dengan org yang berhutang dengannya

Oleh: Muhammad Fathi `Ali al-Tabib al-Sakandary 


Imam al-Zahabi meriwayatkan dalam Siyar `Alam al-Nubala (12/446), dan juga Imam al-Subki dalam Tabaqat al-Subki (2/227) dengan sanad mereka bahawa Imam Muhammad ibn Abi Hatim berkata ketika beliau berada di kota Firabr bersama Imam al-Bukhari, beliau mendengar khabar berita bahawa seorang lelaki fulan baru sahaja tiba di kota Aamul. Lelaki itu seorang yang 'penting' kerana dia telah berhutang dengan Imam al-Bukhari dengan sejumlah hutang yang besar (iaitu sebanyak 25,000 Dirham).  Imam Muhammad ibn Abu Hatim dan lain-lain yang bersama-sama Imam al-Bukhari pun berkata kepada Imam al-Bukhari: "kamu mesti kesana (iaitu ke Aamul) dan tuntut wang kamu daripadanya", jawab Imam al-Bukhari:


Ahad, 5 Julai 2015

NAK TAHU TATACARA IKTIKAF?

Dari segi bahasa: I’tikaf bermakna :berdiam di suatu tempat untuk melakukan sesuatu pekerjaan ; yang baik mahupun yang buruk dan tetap dalam keadaan demikian.
Dari segi istilah: I’tikaf bermaksud duduk di masjid dalam rangka ibadah yang dilakukan oleh orang yang tertentu, dengan sifat atau cara yang tertentu dan pada waktu yang tertentu (Lihat Fathul Bari 4 : 344)
Dalil-Dalil Pensyariatan I’tikaf:
Dalil al-Quran:
وَلاَ تُـبَاشِرُوْهُنَّ وَأَنْـتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ البقرة : 187
“Dan janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri`tikaf dalam mesjid”(Al Baqarah : 187)

Selasa, 14 April 2015

Hakikat Alam Ruh

InnaliLlahi wainna ilahi rajiun. Allahummaghfirlaha warham ha wa'a fihi wa'fu'anha..

Pada tanggal 12 April 2015, genaplah setahun pemergian bonda saya ke sisi sang pencipta. Rasa seperti baru semalam almarhumah pergi, membawa bersama seribu kenangan hidupnya bersama suami, anak-anak, saudara mara dan rakan taulan yang selalu mengasihinya. Sedang kami yang masih tinggal ini pula tak habis-habis mendoakan kebaikan dan kebahagiaannya di alam sana. Tak pasti pula kalau-kalau dakwat yang menulis kata-kata doa itu akan pernah habisnya. Rindu padanya pula takkan pernah terpadam sehinggalah kami pula menyusulnya.. dan bertemu kembali di jannah.  
Almarhumah Bonda saya, insan hebat yang mencorakkan warna-warna hidup saya. 

Persoalan
Terngiang-ngiang di benak saya, kemanakah roh orang yang telah meninggal dunia pergi? Apakah yang berlaku seterusnya lewat pengebumian dilangsungkan? Bolehkah orang yang hidup berinteraksi dengan mereka yang telah tiada?
Saya kongsikan tulisan ilmuan dan pandangan ulama berkenaan roh dan kehidupan barzakh. Moga bermanfaat!

Jumaat, 10 April 2015

KISAH UMAR DENGAN PEMUDA LUSUH - sahihkah?

As-Salamualaikum,

satu kisah yg agak menarik juga telah menjadi viral di whatsapp dan FB. Kisahnya ada pebagai versi. Yang asal adalah seperti ini (dari kitab إعلام الناس بما وقع للبرامكة tulisan al-itlidiy):

"Khalifah Umar bin al-Khathab ra, seorang sahabat Rasulullah SAW, adalah seorang pemimpin yang dikenal sangat adil, tegas, disiplin namun sangat humanis di zamannya. Banyak orang yang mulanya menentang Islam, namun akhirnya tersedar dan insaf kerana kepemimpinan Sayyidina Umar bin al-Khathab ra.

Khamis, 9 April 2015

Kelebihan Puasa Rejab - Sahihkah?


Bulan Rajab jatuh tanggal 30 April.

1. Barangsiapa berpuasa 1 hari maka seperti laksana puasa 1 tahun. 2. Barangsiapa berpuasa 7 hari maka ditutup pintu-pintu Neraka Jahannam. 3. Barangsiapa puasa 8 hari maka akan dibukakan pintu 8 Surga. 4. Barangsiapa berpuasa 10 hari maka akan dikabulkan segala permintaannya. 5. Barangsiapa mengingatkan kepada orang lain tentang ini, seakan-akan ibadah 80 tahun, Subhanallah…
Mohon pencerahan ustadz, saya masih awam… jazakallah… wassalam…
(Akhi Haris – Tangerang, Pin BB 766XXXXX)
Jawab :
وَعَلَيْكُمْ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ…

Selasa, 17 Mac 2015

Reaksi & Interaksi Terhadap Pemimpin Zalim Berlandaskan Islam

Oleh: Muhammad Asrie bin Sobri Artikel ringkas ini akan cuba menjelaskan manhaj yakni kaedah Ahli Sunnah wal Jamaah dalam bermuamalah atau berhubungan dan bergaul dengan pemimpin yang zalim.  

Jumaat, 13 Februari 2015

InnaliLlahi wa ina ilaihi raji'un



Sudah agak lama tak menulis di sini. Sebab dek kesibukan tugas-tugas harian. Memang banyak perkara yang saya hendak lakukan tetapi tiadalah kesempatan untuk melakukannya. Kalau mengadu dengan pakar dah tentu dia akan berikan jawapan yang mengenai batang hidungku - kindly manage your time properly!