Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Rabu, 4 September 2013

PEMINAT DSLR - MANA SATU PILIHAN KALBU?


Assalamualaikum,

Saya ada sedikit pengalaman dan pembelajaran tentang penggunaan kamera DSLR (Digital Single Lens Reflex) untuk dikongsi. Persoalan yang sering timbul bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengna dunia fotografi ialah pemilihan jenama kamera. Adakah jenama kamera benar-benar sesuatu pilihan yang penting untuk dinilai. Kot-kot tersalah pilih mana lah tahu menyesal pula? 

Bagi mereka yang berminat dengan fotografi, anda boleh mendapat puluhan nasihat dari kawan-kawan atau senior fotografi, atau orang yang mempengaruhi anda untuk terjun di dalam bidang fotografi. Kebanyakan kita akan buat pilihan berdasarkan 'majoriti' keputusan yang diberikan oleh kawan-kawan kita tersebut. Adakah ia pilihan yang betul?


Untuk membuat pemilihan pembelian dan penggunaan kamera, anda kena faham apa yang anda mahukan dari segi penggunaan kamera dan fotografi. Jenis kamera pun ada banyak seperti SLR (Filem), Point and Shoot (Kamera Kompak), Lomo, Range Finder (Filem) dan DSLR. Setiap satunya juga mempunyai banyak model.

Beberapa tips yang saya hendak kongsikan dalam memilih kamera:

1. Bajet yang anda ada - Bergantung pada kemampuan anda, sekiranya bajet anda dalam lingkungan entry level (RM1,500 ke RM2,500), anda boleh memilih DSLR entry-level seperti Canon EOS 550D, atau Nikon D3100. Bagi tahap pertengahan (RM2,500 ke RM4,000), DSLR akan lebih mahal, tetapi mampu menghasilkan imej yang lebih berkualiti dan pemilihan lensa yang bersesuaian dengan kehendak anda juga adalah perlu. Begitu juga DSLR di tahap profesional (RM4,000 ke atas). Anda juga boleh memilih sama ada yang baru atau terpakai.

 

2. Pastikan kehendak anda terhadap fotografi. Anda mungkin meminati gambar-gambar pemandangan atau potret. Boleh jadi anda suka merakam gambar-gambar burung atau benda-benda kecil. Ini penting bagi pemilihan kamera mengikut kualiti dan pemilihan lensa dalam memenuhi kehendak anda.


3. Kualiti DSLR - Jenama hanya menunjukkan populariti tetapi tidak menggambarkan kehebatan satu-satu DSLR itu secara langsung. Anda dapat lihat banyak jenama di pasaran seperti Canon, Nikon, Sony, Pentax dan lain-lain. Kualiti sesuatu model perlukan penelitian dari segi sensor, ISO, low light capability, penghasilan tona semula jadi, jangka hayat kuasa bateri, ketahanan fizikal kamera, dan sebagainya. Penelitian ini bukanlah mudah, ia memerlukan kemahiran tertentu, namun anda boleh membuat sedikit penyelidikan melalui laman-laman web yang ada. Contohnya http://www.kenrockwell.com/tech/nikon-vs-canon.htm.


4. Banyakkan persahabatan dan pergaulan dengan jurufoto atau kumpulan jurufoto.

5. Membuat eksperimen fotografi dan banyakkan membaca berkaitan ilmu merakam foto.

Selamat berfotografi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan sepatah dua kata!