Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Khamis, 5 September 2013

KATAKAN TAKNAK! KEPADA ROKOK




Assalamualaikum,

Saya percaya, ramai di kalangan perokok di luar sana yang mempunyai cita-cita untuk berhenti merokok. Kerana pada zaman sekarang, tidak seperti era 90-an ke awal 2000, tabiat merokok kini sudah dikira sebagai 'outcast', iaitu tidak lagi dikira 'macho', maskulin atau hebat.


Apa yang tinggal di kalangan perokok ialah ketagih nikotin. Saya juga percaya, si perokok yang telah mengekal tabiat merokok 10 tahun ke atas akan merasai gejala-gejala 'ketidakselesaan' tubuh terutama di bahagian dada dan tekak. Keadaan ini bukanlah sesuatu yang menyeronokkan tetapi demi kerana memenuhi ketagihan, hisap jugak lah..



Tidak dinafikan, menghentikan tabiat/kebiasaan merokok bukanlah sesuatu yang mudah. Kena ada 'determination' dan 'will power' yang agak tinggi (takde tinggi sgt sebenarnya). Berhenti merokok boleh jadi sesukar menghentikan sesuatu tabiat lain juga. Agak sukar menghentikan tabiat menggigit kuku, atau menggosok telinga misalnya! Tambahan pula tabiat merokok dikuatkan lagi dengan ketagihan nikotin.


Kalau tanya saya, petua berhenti merokok, saya katakan tiada sebarang petua khusus! Cuma jangan hisap! Dah bermacam petua saya buat sebelum ni termasuk mengambil pil nikotin dan kurangkan hisap rokok sedikit demi sedikit. hasilnya? lebih kuat pula saya menghisap rokok.

Ada orang kata, takut lah nak berhenti merokok nanti bermacam penyakit pula yang datang. Sebenarnya bukanlah penyakit per se (jarang berlaku) tetapi ianya kesan sampingan yang ringan (tolerable) yang sedikit demi sedikit akan hilang, bertujuan untuk 'pembersihan' paru-paru dan sistem badan kita terutama sistem pernafasan. Saya kongsikan kesan-kesan yang 'common' setelah berhenti merokok yang mungkin boleh membantu memberikan dorongan kepada anda:

Jangka Pendek
  • 20 Minit setelah berhenti merokok *Degupan jantung akan kembali seperti sedia kala, normal, tidak terlalu cepat maupun lambat.
  • 2 Jam setelah berhenti merokok*Setelah degupan jantung, kini tekanan darah yang kembali normal. Biasanya jari akan terasa hangat. Tubuh sedikit cemas, banyak memakan makanan ringan, dan nafsu makan meningkat.
  • 12 Jam setelah berhenti merokok* Karbon monoksida yang merupakan racun dari rokok pelan-pelan menurun kadarnya di dalam tubuh. Sehingga kadar oksigen dalam darah akan kembali normal.
  • 24 Jam setelah berhenti merokok* Sehari setelah berhenti merokok, risiko serangan jantung serta merta menurun drastis.
  • 48 Jam setelah berhenti merokok*Deria pencium dan perasa biasanya kelu dan mati akibat rokok. Namun jika kebiasaan merokok dihentikan, 48 jam kemudian kedua deria tersebut akan kembali seperti sedia kala.
  • 3 Hari setelah berhenti merokok*Ketika ini, nikotin telah benar-benar keluar dari dalam tubuh. Namun akan timbul gejala seperti sakit kepala, mual, kejang, sampai gangguan emosi.
  • 2-3 Minggu setelah berhenti merokok*Selepas beberapa minggu, badan kembali merasakan tenaga dan aktiviti fizikal seperti sukan boleh dijalani dengan baik tanpa gangguan.
  • 1-9 Bulan setelah berhenti merokok* Kondisi paru-paru semakin membaik, risiko infeksi paru-paru menurun, batuk dan napas pendek tidak lagi dialami.
  • 1 Tahun setelah berhenti merokok* Risiko serangan jantung boleh menurun sampai dengan 50 persen.
  • 5 Tahun setelah berhenti merokok* Segala macam racun dari pembakaran rokok di dalam pembuluh darah sudah dibersihkan. Risiko terkena stroke pun sama dengan orang yang sama sekali tak pernah merokok.
  • 10 Tahun setelah berhenti merokok*Risiko kanser paru-paru, mulut, tekak, kerongkong, pundi kencing, buah pinggang, dan pankreas berjaya diturunkan.
  • 15 Tahun setelah berhenti merokok* Risiko penyakit jantung sama dengan orang yang sama sekali tidak merokok.
Jangka panjang

Tidak merokok mampu membuat seseorang bertahan hidup 14 tahun lebih lama (jangkaan sahaja mengikut kajian sains yer). Itulah berbagai perkara yang terjadi pada tubuh ketika anda berhenti merokok. Sudah siap sedia untuk menghentikan kebiasaan buruk tersebut?
(dipetik dari akuanakpahang.blogspot.com) 

Motivasi saya untuk berhenti merokok ialah:


  1. Agama mengharamkan merokok
  2. Dorongan anak-anak dan isteri
  3. Pembaziran wang
  4. Benci membawa kotak rokokyang 'bulky' di dalam poket dan terasa 'berdosa' bila kotak rokok jatuh semasa solat di surau
Ubat sampingan yang saya makan sebagai agen pembersihan - air zam-zam.

Syukur alhamduliLlah saya dah satu tahun lebih tidak sentuh rokok.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan sepatah dua kata!