Pendahuluan:
Mungkin
timbul persoalan bagaimana pesakit yang dalam pelbagai keadaan rawatan
dapat mengambil wudhu’ dan melakukan ibadat. Ini termasuklah kes anggota
wudhu’nya seperti tangan atau kaki dalam keadaan berbalut, luka yang
tidak boleh terkena air, pesakit sentiasa dalam keadaan berhadas,
pesakit yang dalam keadaan terbaring, sehinggalah kepada ibu yang
hampir-hampir hendak bersalin. InsyaAllah dalam risalah ini penulis akan
memberi tumpuan khusus kepada perbincangan kaedah berwudhu’ bagi
pesakit yang berbalut POP (Plaster of Paris).
Dalam
hal pesakit yang anggota wudhu’nya dibaluti POP (Plaster of Paris),
terdapat beberapa pendapat mengenai cara untuk berwudhu bagi pesakit
tersebut, dalam tulisan ini penulis akan cuba menganalisa
pendapat-pendapat tersebut dan seterusnya mencadangkan pendapat yang
terkuat dan paling menepati sunnah serta lebih mudah dan praktikal.
Pendapat pertama:
Pesakit
yang anggota wudhu’nya berbalut atau bertampal plaster POP perlu
menyapukan air ke atas balutan itu untuk berwudhu, dan juga selain
menyapu air di bahagian yang berbalut itu, pesakit juga perlu
bertayamum.
Pendapat kedua:
Pesakit
yang anggota wudhu’nya berbalut atau bertampal plaster,hanya perlu
menyapukan air ke atas balutan itu untuk berwudhu. Mereka yang berpegang
pada pendapat ini, berhujjahkan sebuah hadith yang diriwayatkan
daripada `Ali bin Abi Thalib r.a:
انكسرت إحدى زندي فسألت النبي صلى الله عليه وسلم ، فأمرني أن أمسح على الجبائر
"Salah satu sendiku patah. Aku bertanya Nabi Muhammad mengenai cara berwudhu’. Baginda menyuruhku menyapu air ke atas pembalut di bahagian yang patah itu” (Dikeluarkan antaranya oleh Ibn Majah dan Al-Daraqutni)
Pendapat ketiga:
Pesakit
yang anggota wudhu’nya berbalut atau bertampal plaster POP hanya perlu
menyapukan air ke atas anggota wudhu’ yang tidak berbalut untuk
berwudhu’. sebagai contoh pesakit yang lengan tangan kanannya dibaluti
POP hingga ke bahagian atas siku. Yang terbuka daripada anggota wudhu’
hanyalah jari jemarinya. Maka apabila ia berwudhu’ maka bahagian yang di
basuh ketika wudhu’ hanyalah jari-jemarinya sahaja. Dia tidak perlu
menyapu air di atas POP tersebut
Pendapat Pertama:
Pendapat
pertama ini tidak mempunyai dalil disebaliknya, malah jelas tertolak
kerana ia membebani pesakit dan bercanggah dengan syariat Islam, Allah
SWT tidak membebani seseorang hamba untuk melakukan dua ibadah yang
sebabnya satu, iaitu dalam kes ini tayammum dan wudhu’ untuk membolehkan
solat.
Syaikh Muhammad Ibn Soleh Uthaimin rahimahullah berkata berkenaan perkara ini:
”Tidak
wajib hukumnya memadukan antara mengusap air dan tayammum, kerana
melakukan dua penyucian untuk satu anggota tubuh bertentangan dengan
syariat. Menurut kami, membersihkan anggota wudhu wajib hukumnya, baik
dengan membasuh, mengusap, atau tayammum. Tetapi melakukan dua kali
penyucian untuk satu anggota bersuci, tidak dikenal dalam syariat Islam
dan Allah tidak membebani seorang hamba untuk melakukan dua ibadah yang
sebabnya satu”[3]
Oleh itu, pendapat pertama ini lemah, tidak praktikal bahkan tertolak.
Pendapat Kedua:
Sebagaimana
yang telah dijelaskan sebelum ini, golongan ypendapat kedua ini
berhujjahkan sebuah hadith yang diriwayatkan daripada `Ali bin Abi
Thalib r.a:
انكسرت إحدى زندي فسألت النبي صلى الله عليه وسلم ، فأمرني أن أمسح على الجبائر
"Salah satu sendiku patah. Aku bertanya Nabi Muhammad mengenai cara berwudhu’. Baginda menyuruhku menyapu air ke atas pembalut di bahagian yang patah itu” (Dikeluarkan antaranya oleh Ibn Majah dan Al-Daraqutni)
Jika kita lihat dari segi sanad periwayatan hadith ini, ianya seperti berikut:
Muhammad bin Abaan Al-Balkhiy dari 'Abd Al-Razzaq dari Isra'il bin
Yunus dari 'Amr bin Khalid Al-Wasitiy dari Zaid bin 'Ali dari Ayahnya dari Datuknya dari 'Ali bin Abi Thalib
komentar ulama terhadap hadith ini:
Hadith yang di bawa oleh pendapat ini, yang menyuruh Sayyidina Ali untuk meyapu di atas pembalut luka yang riwayatkan oleh Ibnu Majah adalah tersangat lemah sanadnya.Masalah hadith ini ialah kerana perawi bernama 'Amr bin Khaalid Al Waasitiyy yang digelar pendusta oleh 'Ulama' hadith seperti Yahya Ibn Ma'iin dan Ahmad bin Hanbal.Imam An Nawawi berkata: Para Huffaz telah sepakat atas kedha'eefan hadith ini. Imam Ash Shafi'ee berkata: Kalaulah aku tahu bahawa isnad hadith ini adalah sahih nescaya aku akan berkata dengannya (berhujjah dengannya). Al Haafiz Ibn Hajar menyebutkan: Diriwayatkan oleh Ibn Majah dengan isnad yang sangat lemah.
Imam
Al Baihaqiy menyebut: Tidak ada apa-apa (hadith) dalam bab ini (iaitu
menyapu atas balutan) yang thabit (sabit) dari Nabi saw.
Dan terdapat sebuah hadith lain yang jalur periwayatannya bertemu dengan sahabat bernama Jaabir. Isnad bagi hadith ini juga dha'eef sebagaimana disebutkan oleh Al Baihaqi dan Ibn Hajar Al 'Asqalaaniyy.
Oleh
itu didapati hadith yang di bawa oleh pendapat ini, yang menyuruh
Sayyidina Ali untuk menyapu di atas pembalut luka yang riwayatkan oleh
Ibnu Majah adalah tersangat lemah sanadnya. An Nawawi sendiri mengakui
kelemahan hadith tersebut, demikian juga al Baihaqi. Keda'ifan
hadith-hadith yang tersebut di dalam bab ini telah diperincikan oleh
Muhaddith Syeikh Nasiruddin alAlbani di dalam Tamam al Minnah fi ta’liq
fiqh sunnah. Maka kesimpulannya hadith-hadith ini terlalu dha'eef dan
tidak mampu untuk menguatkan antara satu sama lain maka ia kekal dengan
status dha'eef dan tidak boleh digunakan dalam berhujjah. Wallahua'lam.
Kata
pengarang asSunan walMubtada'at: "Kitab-kitab fuqaha' mutaakhirin
banyak sekali menyuruh pesakit yang membalut lukanya selain daripada
bertayammum, menyapu atas pembalut lukanya itu seraya berwudhu'
dianggota yang lain. Sebenarnya, tidak sah daripada Nabi, walaupun dalam
satu hadith, yang menyuruh kita menyapu di atas pembalut luka. Oleh
kerana itu, janganlah kita terpedaya oleh penerangan kitab-kitab
mutaakhirin ini"
Disebabkan hadith-hadith di dalam perkara ini adalahterlalu dha'if, maka tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka kerana telah gugur kewajipan syara' ke atas anggota tersebut. Ibnu Hazm di dalam al Muhalla telah menegaskan bahawa berdasarkan dalil alQur'an dan as Sunnah, sesuatu kewajipan gugur apabila seseorang tidak mampu. Maka gantian kepada yang gugur itu haruslah berasaskan syara'. Syara' pula tidak wajib diikuti kecuali adanya dalil daripada al Qur'an atau as Sunnah. Namun tiada dalil al Qur'an atau as Sunnah yang menggantikan basuhan dengan sapuan atas balutan patah atau anggota yang tidak mampu dibasuh
Pendapat ketiga/pilihan (tarjih pendapat):
Memandangkan hadith-hadith di dalam bab menyapu atas balutan yang di kenali sebagai 'al mash ‘ala aljabirah wal ‘isabah' (sapuan
di atas balutan patah dan luka) adalah kesemuanya tersangat dha’if,
maka tidak wujud hukum sapuan atas balutan patah atau luka. Sebaliknya
anggota yang cedera, atau dibalut tersebut tidak perlu sebarang sapuan
atau basuhan kerana telah gugur kewajipan syarak ke atas anggota
tersebut. Dalilnya firman Allah yang bermaksud:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…” [2:286]
Juga sabda Nabi : “Apabila aku perintahkan kamu dengan sesuatu perintah, maka datangilah ia dengan kadar kemampuan kamu” [al Bukhari]
Untuk menjelaskannya lagi, sebagai contoh orang yang lengan tangan kanannya dibaluti POP hingga ke bahagian atas siku. Yang terbuka daripada anggota wudhu’ hanyalah jari jemarinya. Maka apabila ia berwudhu’ (sekiranya ia mampu berwudhu’) atau bertayamum (sekiranya ia tidak mampu berwudu’), maka bahagian yang di basuh ketika wudhu’ atau disapu ketika tayamum hanyalah jari-jemarinya sahaja. Dia tidak perlu menyapu air di atas POP tersebut kerana tidak ada nas dalil yang dapat dipegangi yang menunjukkan bahawa dia perlu juga menyapu air di atas POP tersebut.
Inilah yang lebih mudah mudah untuk diamalkan daripada seseorang yang terikat dan taksub kepada mazhabnya sehingga akhirnya meninggalkan solat. Pendapat Ibnu Hazm yang dikemukakan ini adalah lebih praktikal dari segi hujah dan perbandingan. Memudahkan hal ini adalah lebih baik daripada memberikan pendapat mazhab yang lemah lagi menyusahkan pesakit sehingga berkemungkinan mereka meninggalkan solat.
Kita
tidak mempunyai masalah dengan org yang berpendapat agar pesakit
menyapu atas balutan. Cumanya kita ingin mengemukakan dan minta
dipertimbangkan pendapat salah seorang 'Ulama' dalam isu ini iaitu Ibn
HAzm dan sebahagian 'Ulama' Ahlus Sunnah lain yang berpendapat bahawa
tidak ada sapuan atas balutan.
Tidak ada salahnya kita mengikut pendapat Ibn Hazm dalam isu ini memandangkan ramai di antara kita telah pun meninggalkan pendapat mazhab Syafi'ii yang tidak membenarkan bertayammum dengan dinding. Pendapat Ibn HAzm ini barangkali lebih memudahkan untuk diikuti oleh para pesakit dan jururawat hospital dan ia tidak bertentangan dengan mana-mana hadith sahih.
Tidak ada salahnya kita mengikut pendapat Ibn Hazm dalam isu ini memandangkan ramai di antara kita telah pun meninggalkan pendapat mazhab Syafi'ii yang tidak membenarkan bertayammum dengan dinding. Pendapat Ibn HAzm ini barangkali lebih memudahkan untuk diikuti oleh para pesakit dan jururawat hospital dan ia tidak bertentangan dengan mana-mana hadith sahih.
Jika 'Ulama' kita boleh membolehkan membayar zakat dengan wang kertas dan membolehkan muzik walaupun bertentangan dengan mazhab Syafi'ii maka apalah salahnya kita keluar dalam satu isu lagi dari Mazhab Syafi'iyy untuk suatu kemaslahatan yang sangat besar bagi para pesakit iaitu isu menyapu atas balutan (al mash 'ala al jabiirah).
Penulis
percaya dengan penjelasan ini akan membuka ruang kepada penerapan ruh
Fiqh Taysir sepertimana yang sepatutnya menjadi ruh syari'at.
"Allah tidak hendak menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmatNya bagimu supaya kamu bersyukur" (5:6)
Wallah-hu-A’lam
[1]
Segala pembahasan berkenaan wudhu ini adalah hasil diskusi penulis
berkenaan artikel dalam Utusan bertajuk “Bicara Agama:Ibadat solat tetap
wajib ke atas pesakit” bersama Dr Farouk Musa (IJN), Dr Imran, dan
rakan-rakan penulis dalam yahoogroups PPIM.net (Persatuan Perubatan
Islam Malaysia)
[2]
Tarjih ialah satu method dalam Usul Fiqh yang bermaksud pemilihan
pendapat yang paling tepat(the Rules of Preference): menurut Ustaz
Maszlee Malik al-Filastini dalam kertas kerjanya yang bertajuk “Tajdid
Di Era Globalisasi: Tajdid Fiqh di dlm Masyarakat Malaysia”, kertas
kerja ini telah dibentangkan oleh beliau dalam “Forum Gerakan Tajdid” di
Sime Darby 2006, berkata Ustaz Maszlee: “al-Qaradawi menamakan method
sebegini sebagai ijtihad tarjihi. Ia bermaksud, melakukan pertarjihan
dlm permasalahan tertentu yang telah diputuskan oleh mazhab
masing-masing. Keadaan yang serba moden dan berbeza dari zaman para
mujtahid telah menjadikan sesetengah pendapat tidak lagi sesuai dan
memerlukan pengkajian semula bagi menentukan pendapat yang lebih Rajih
(tepat), sama ada dari segi kekuatan dalil ataupun kesesuaian dgn
Maqasid Syariah
Izin Ku Menulis: Bagaimana Pesakit Yang Bersimen Mengambil Wudhu? >>>>> Download Now
BalasPadam>>>>> Download Full
Izin Ku Menulis: Bagaimana Pesakit Yang Bersimen Mengambil Wudhu? >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Izin Ku Menulis: Bagaimana Pesakit Yang Bersimen Mengambil Wudhu? >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK