Kisah sahabat Nabi meminum darah Nabi selepas nabi berbekam - Kisah hadis-hadis dhaif ijtihadnya yang lemah hingga mencapai tahap hadis maudhu atau hadis mumkar. Kisah Bertabaruk Dengan Darah Nabi Muhammad adalah kisah yang jarang didengari dan jarang ditemui kerana periwayatan hadis ini dikumpul di dalam kitab hadis dari Imam yang tidak biasa didengari oleh masyarakat awam, antaranya Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah, al-Haithami, Al-Qustallani, Ibnu Hajar, al-Sayuti, dan Nasa'i. Hadis ini adalah antara hadis yang dianggap maudhu oleh Imam Bukhari dan Muslim, hingga tidak dicatatkan ke dalam kitab sahihnya.
Khabar mengenai
Abdullah ibn Zubair
قَالَ أَبُو يَعْلَى الْمَوْصِلِيُّ : ثَنَا مُوسَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنُ حَيَّانَ الْبَصْرِيُّ ، ثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ ، ثَنَا هُنَيْدُ بْنُ الْقَاسِمِ ، سَمِعْتُ عَامِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ يُحَدِّثُ ، أَنَّ أَبَاهُ حَدَّثَهُ ،
أَنَّهُ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، وَهُوَ
يَحْتَجِمُ ، فَلَمَّا فَرَغَ ، قَالَ : " يَا عَبْدَ اللَّهِ ، اذْهَبْ
بِهَذَا الدَّمِ ، فَأَهْرِقْهُ حَيْثُ لَا يَرَاكَ أَحَدٌ " فَلَمَّا
بَرَزَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَمِدَ
إِلَى الدَّمِ فَشَرِبَهُ ، فَلَمَّا رَجَعَ ، قَالَ : " مَا صَنَعْتَ ؟ "
قَالَ : جَعَلْتُهُ أَخْفَى مَكَانٍ عَلِمْتُ أَنَّهُ يَخْفَى عَنِ
النَّاسِ ، قَالَ : " لَعَلَّكَ شَرِبْتَهُ " ، قَالَ : نَعَمْ ، قَالَ : "
لِمَ شَرِبْتَ الدَّمَ ؟ وَيْلٌ لِلنَّاسِ مِنْكَ ، وَوَيْلٌ لَكَ مِنَ
النَّاسِ " ، قَالَ أَبُو سَلَمَةَ : فَحَدَّثْتُ بِهَذَا أَبَا
عَاصِمٍ ، فَقَالَ : كَانُوا يَرَوْنَ أَنَّ الْقُوَّةَ مِنْ ذَلِكَ
الدَّمِ . هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ . رَوَاهُ الْبَزَّارُ فِي مُسْنَدِهِ ،
ثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُثَنَّى ، ثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ ،
فَذَكَرَهُ .
Abu Ya'la
berkata: Musa bin Muhammad bin Hayyan mengkhabarkan kepada kami, Hunaid bin
Al-Qasim mengkhabarkan kepada kami bahawa beliau berkata, Amir bin Adbillah bin
Az-Zubair berkata yang mana meriwayatkannya daripada ayahnya (Abdullah bin
Az-Zubair) bahawasanya beliau (Abdullah bin Az-Zubair r.a.) mendatangi
Rasulullah sedang Baginda sedang berbekam. Setelah selesai
dibekam, Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Wahai Abdullah (ibn
Zubair)! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang
tidak seorang pun dapat melihat kamu."
Setelah
meninggalkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, dia mengambil darah itu,
lalu meminumnya. Apabila kembali semula, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
bertanya: "Apakah yang telah kamu lakukan dengan darah itu?" Dia
menjawab: "Aku telah sorokkannya di tempat yang sangat tersorok, yang aku
tahu ia sememangnya tersembunyi daripada orang ramai."
Baginda
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Boleh jadi engkau telah
meminumnya?" Dia menjawab: "Ya".
Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda: "Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia
daripada kamu dan celakalah kamu daripada manusia."
Abu Musa
mengatakan bahawa Abu 'Asim berkata: "Mereka (para sahabat) berpendapat
bahawa kekuatan yang terdapat pada Abdullah ibn Zubair itu disebabkan keberkatan
darah tersebut."
Hadis ini hasan
menurut jalur riwayat al-Bazzar di dalam musnadnya. (Hadis dikeluarkan di dalam kitab ithaf
alkhirah almhrah bzwaa'd almsanid ala'shrah (إتحاف الخيرة المهرة بزوائد المسانيد العشرة).
Turut
meriwayatkannya
oleh Al-Hafiz Al-Asqolani dalam Al-Mathalib Al-'Aliyyah (no: 3951). Ia
diriwayatkan juga dalam Al-Ishabah (2/310), Al-Mustadrak oleh Al-Hakim
(3/554) dan At-Tabrani. Imam Al-Haithami berkara (Al-Majma': 2/310):
Imam At-Tabrani dan Al-Bazzar meriwayatkannya secara ringkas. Perawi
Al-Bazzar adalah sahih selain Hunaid bin Al-Qasim yang merupakan thiqah.
Ia juga diriwayatkan oleh Imam Ibn 'Asakir sebagaimana disebutkan
dalam Al-Kanz (7/57) Adz-Dzahabi dan Baihaqi
Terdapat beberapa lafaz tambahan dengan lafaz dalam lain-lain hadis seperti:
1. "Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia daripada kamu dan celakalah kamu daripada manusia." Dalam riwayat Imam al Daraqutni daripada hadis Asma' binti Abu Bakar juga seperti itu. Dalam hadis tersebut dinyatakan: "Dan kamu tidak akan disentuh api neraka". Dalam kitab al Jauhar al-Maknun fi Zikr al-Qaba'il wa al-Butun disebutkan, bahawa setelah Abdullah ibn Zubair meminum darah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, meruap bau wangi kasturi daripada mulut Ibnu Zubair dan bau itu kekal di mulutnya sehingga dia disalib (syahid). (Dalam Al-Mawahib, al-Quatallani, 1:284)
Terdapat beberapa lafaz tambahan dengan lafaz dalam lain-lain hadis seperti:
1. "Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia daripada kamu dan celakalah kamu daripada manusia." Dalam riwayat Imam al Daraqutni daripada hadis Asma' binti Abu Bakar juga seperti itu. Dalam hadis tersebut dinyatakan: "Dan kamu tidak akan disentuh api neraka". Dalam kitab al Jauhar al-Maknun fi Zikr al-Qaba'il wa al-Butun disebutkan, bahawa setelah Abdullah ibn Zubair meminum darah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, meruap bau wangi kasturi daripada mulut Ibnu Zubair dan bau itu kekal di mulutnya sehingga dia disalib (syahid). (Dalam Al-Mawahib, al-Quatallani, 1:284)
Khabar
daripada Safinah
Imam Tabrani
meriwayatkan daripada Safinah r.a katanya: Suatu ketika, Nabi Muhammad
Sallallahu Alaihi Wasallam berbekam. Setelah itu, baginda bersabda:
"Ambillah darah ini dan tanamlah ia daripada (dilihat) oleh binatang,
burung dan manusia". Lalu, aku pun menyembunyikannya dan meminumnya.
Kemudian, aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam,
maka baginda pun ketawa. (Al-Haithami dalam Majma' mengatakan bahawa rijal
Al-Tabrani adalah thiqah. 8:270)
Khabar Malik
ibn Sinan
Dalam Sunan Sa'id
ibn Mansur melalui jalan 'Amru ibn Sa'ib disebut: "Telah sampai berita
kepadanya bahawa Malik ibn Sinan r.a, bapa Abu Sa'id al Khudri, tatkala muka
Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam luka dalam peperangan Uhud, dia menghisap
darah baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sampai bersih dan nampak putih bekas
lukanya."
Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda: "Muntahkan darah itu!" Malik r.a menjawab:
"Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya." Bahkan, dia
menelannya.
Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam bersabda: "Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli
syurga, maka lihatlah kepada orang ini." Ternyata, dia gugur syahid dalam
peperangan Uhud.
Imam Tabrani juga
meriwayatkan hadis seperti itu. Antara lain, disebutkan bahawa Rasulullah
Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Sesiapa yang mencampurkan darahku
dengan darahnya, nescaya tidak akan disentuh api neraka". (Al-Haithami
mengukuhkan hadis ini dalam Majma'nya, 8:270. Turut dibincangkan oleh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri, dalam Kitab Ar-Rahiqul Makhtum, hal. 219. Ibn Qayyim dalam Zadul Ma`ad, 3/94; Qadhi Iyadh, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 40)
Pembekam lain
yang minum darah nabi
Ibnu Hibban meriwayatkan
dalam al-Dhu'afa', daripada Ibnu Abbas beliau berkata: "Nabi Sallallahu
Alaihi Wasallam pernah dibekam oleh seorang pemuda dari bangsa Quraisy. Setelah
selesai dibekam, dia mengambil darah baginda Sallallahu Alaihi Wasallam lalu
membawanya ke balik dinding. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri, tiada seorang
pun yang kelihatan. Lalu dia menghisap darah itu hingga habis. Kemudian dia
menghadap Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam."
Hadis Semua Ini Maudhu?
Mereka ini yang meriwayatkan ini antaranya Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah, al-Haithami, Al-Qustallani, Ibnu Hajar, al-Sayuti, dan Nasa'i adalah imam-imam muktabar dan mereka mengumpulkan semua hadis yang dianggapnya sebagai satu cabang ilmu walaupun hadis itu palsu dengan alasan, supaya umat selepasnya tidak tertipu dengan hadis palsu, hadis dhaif dan hadis yang tidak boleh dibuat hujjah dalam ibadat. Imam Bukhari dan Muslim tidak meletakkan dalam kitab sahih mereka, kerana sanadnya dan matannya tertolak dari sisi ahli sunnah wal jamaah dan banyak imam-imam hadis meriwayatkan dari banyak jalan dan sanad ini mengumpulkan ke dalam kitab masing-masing agar kita dapat periksa sanad mereka dan kebenaran/kebatilan sesebuah hadis itu. Bertabaruk dengan meminum darah Nabi Muhammad itu jika benar hasan hadisnya, maka itu hanya khususiah untuk Nabi sahaja dan hanya keterlanjuran sahabat nabi meminumnya atas dasar cinta dan kasih kepada nabi. Ia bukan amalan sahabat nabi, ia hanya keterlanjuran sahaja. Itupun jika hadis itu dihasankan sanadnya.
Menelan darah Rasulullah hukumnya boleh (mubah), kerana darah Rasulullah adalah suci, bukan najis sebagaimana darah manusia umumnya. (Mahmud Abdul Lathif Uwaidhah, Al-Jami' li Ahkam Ash-Shalah, 1/74). Hal ini termasuk dalam khususiyat yang hanya dimiliki Rasulullah, tidak dimiliki oleh manusia lainnya.
Imam Qadhi Iyad dalam kitabnya Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39 telah membuat satu pasal berjudul : "Fasal Mengenai Kebersihan Tubuhnya, Kewangian Bau Badannya, dan Kebersihannya dari Kotoran-Kotoran dan Cacat- Cacat Tubuh." Dalam fasal itu Imam Qadhi Iyad menyatakan salah satu khususiyat Nabi sebagai berikut :
"Adapun kebersihan tubuhnya, kewangian bau badannya dan keringatnya dan kebersihannya dari kotoran-kotoran dan cacat-cacat tubuh, maka Allah telah mengkhususkan Nabi shallallahu alaihi wasallam dalam hal-hal tersebut dengan khususiyat- khususiyat yang tidak dijumpai pada selain beliau." (Qadhi Iyad, Asy-Syifa bi-Ta'rif Huquq Al-Mushthafa, hal. 39)
Minum Darah Adalah Haram, Bertaburuk Dengannya Adalah Syirik
Adapun, meminum darah tok guru, tok wali dan tok syeikh sufi itu hukumnya haram dan syirik pula perbuatan itu apabila ingin mengambil berkat atau tabaruk.
Blog Abu Zainab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan sepatah dua kata!