Bismillah, Assalamualaikum..
Saya agak terkesima bila pertama kali bertemu dengan perbincangan yang saya kira agak kontroversi berkaitan dengan hukum fiqh seperti ini. Ia membuat saya terfikir betapa geniusnya ilmuwan-ilmuwan salaf dahulu kala sehingga begitu jauhnya dan detailnya perbincangan mereka.
Saya nukilkan beberapa pandangan/hujah ringkas yang saya sempat kumpul berkaitan dengan hukum pada memakan haiwan liar spesis anjing ini, iaitu dubuk.
Ini adalah untuk percambahan ilmu sahaja. Saya harap bacalah dengan fikiran yang terbuka. Bincang mengenai haiwan ini bukan bermaksud kita nak kena makan haiwan ini!
Moga bermanfaat!
1) Hadis berkenaan bolehnya memburu dan memakan sejenis anjing hutan (Dhub') :
2)
Menurut kitab 'Bidayah al-Mujtahid' karya Ibn Rusyd, hukum menurut mazhab Maliki pada memakan haiwan dubuk ini adalah makruh. Manakala di dalam Fiqh Islami karya Dr. Wahbah Azzuhayli, dubuk adalah tidak haram dan ini merangkumi haiwan yang dapat dikiaskan dengannya iaitu musang atau rubah.
3
Anjing hutan yang dimaksudkan di sini adalah hyena/coyote/dubu’ padang
pasir yang tidak memburu mangsanya tetapi mencuri makanannya dari buruan haiwan
pemangsa lain. Bermakna, ia bukan haiwan pemangsa yang ganas.
4
3) Menurut Islamweb:
a.
Kebanyakan ahli ilmu
berpendapat dengan haramnya memakan
daging anjing yang jinak/peliharaan, dan sebahagian ulama Malikiyah berpendapat
ia hanya makruh, sepertimana yang didapati dalam Asy-Syarh Al-Kabir 'ala
Mukhtasar Khalil oleh Ad-Dardiir;
Yang muktamad itu adalah (pendapat yang menyatakan) daging anjing jinak/peliharaan adalah makruh, dan ada yang menyatakan haram kerana tidak diriwayatkan qaul mengenai halalnya ia. Adapun daging Kalb Al-Ma' (literalnya anjing air tapi sebenarnya memerang dalam bahasa kita) dan Khinzir Al-Ma' (literalnya ialah babi air tapi sebenarnya ialah kapibara dalam bahasa kita) memang muktamad keduanya adalah halal.
Yang muktamad itu adalah (pendapat yang menyatakan) daging anjing jinak/peliharaan adalah makruh, dan ada yang menyatakan haram kerana tidak diriwayatkan qaul mengenai halalnya ia. Adapun daging Kalb Al-Ma' (literalnya anjing air tapi sebenarnya memerang dalam bahasa kita) dan Khinzir Al-Ma' (literalnya ialah babi air tapi sebenarnya ialah kapibara dalam bahasa kita) memang muktamad keduanya adalah halal.
b.
Namun yang lebih muktamad
sebagaimana yang ditunjukkan oleh dalil-dalil adalah ia haram dimakan, kerana
ia (anjing) mempunyai taring. Dan bagi manfaat tambahan sila rujuk fatwa no. 8203 dari islamweb ini.
Dalil dari al Quran yang digunakan di dalam pengeluaran hukum ini:
4) Menurut Ibn Qayyim r.h, menerusi kitab Miftah Dar As-Sa'adah (ms235/1), diharamkan dari memakan haiwan buas bertaring kecuali dubuk. Lihat yang berikut:
5) Menurut Syaikh Ibn Uthaimin r.h pula, dubuk bukanlah dari kategori haiwan buas yang liar, sepertimana berikut:
6) Apa kata As-Syafie? ini adalah qaul yang dikeluarkan menerusi multaqa ahlal hadeeth:
7) Apa pula kata Imam Malik? Menurut kitabnya al Muwatto':
*Yarbu' juga dikenal sebagai 'gerdil'
Demikianlah beberapa pendapat dari ulama-ulama besar yang telah dinukilkan dari kitab-kitab dan qaul-qaul mereka beserta hujah-hujah mereka. Ini sebagai satu indikasi bahawa anjing liar/hyena bukanlah haiwan yang haram dimakan.
Terima kasih atas penerangan tersebut cuma agak terkilan lampiran gambar dari nombor 4-7 tidak dapat dibuka untuk dibaca.
BalasPadamCadangan saya, lampiran tuu biarlah besar dan jelas dibaca menggunakan hp atau boleh zoom in.
Izin Ku Menulis: Fakta Menarik Berkaitan Hukum Memakan Dubuk/Hyena/Anjing Hutan >>>>> Download Now
BalasPadam>>>>> Download Full
Izin Ku Menulis: Fakta Menarik Berkaitan Hukum Memakan Dubuk/Hyena/Anjing Hutan >>>>> Download LINK
>>>>> Download Now
Izin Ku Menulis: Fakta Menarik Berkaitan Hukum Memakan Dubuk/Hyena/Anjing Hutan >>>>> Download Full
>>>>> Download LINK