Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Khamis, 31 Oktober 2013

Bagaimana pesakit yang bersimen mengambil wudhu?


Pendahuluan:

Mungkin timbul persoalan bagaimana pesakit yang dalam pelbagai keadaan rawatan dapat mengambil wudhu’ dan melakukan ibadat. Ini termasuklah kes anggota wudhu’nya seperti tangan atau kaki dalam keadaan berbalut, luka yang tidak boleh terkena air, pesakit sentiasa dalam keadaan berhadas, pesakit yang dalam keadaan terbaring, sehinggalah kepada ibu yang hampir-hampir hendak bersalin. InsyaAllah dalam risalah ini penulis akan memberi tumpuan khusus kepada perbincangan kaedah berwudhu’ bagi pesakit yang berbalut POP (Plaster of  Paris).

Hadith Palsu sebenarnya termasuk hadith Dha'if!

Oleh Ustaz Fathi

Kebelakangan ini saya melihat satu fenomena menyedihkan tersebar dikalangan awam, ianya merisaukan saya, iaitu fenomena si jahil membela hadith Palsu dengan kejahilannya seterusnya mengelirukan orang awam yang juga jahil. Lebih menyedihkan ialah apabila si jahil itu dinobatkan dengan gelaran ustaz, bahkan muncul pula di kaca TV dan radio, buku-bukunya dicetak dan dijual, kuliah-kuliahnya dirakam dan dijual dalam VCD dan DVD.

The Heart Therapy Camp - Janda baik 4-8 Dis. 13

Bismillah. Assalamualaikum.

Baru-baru ini, AJK surau tempat kerja saya telah membuat hebahan mengenai satu khemah ibadah yang sangat baik untuk dihadiri. Kem tersebut dinamakan The Heart Therapy Camp. Sila klik di sini untuk keterangan lanjut.

Komen saya secara peribadi, setelah melihatkan penceramah-penceramahnya, kem ini adalah sangat bagus untuk dihadiri!

Tragedi menimpa jemaah haji di Mekah

Ini adalah kisah yang dirakam berkenaan tragedi yang menimpa jemaah haji di tanah suci Mekah pada tahun 929 masihi. Jemaah haji diserang olegh puak syiah Qaramithah (la'natuLlahi alayhim ajmai'en)


    

 [Gambar: Hajar Aswad: 8 bekas cukilan inilah hasil ulah tangan Syiah Qurmutiyah saat menghancurkan Kaabah]

Selasa, 29 Oktober 2013

New Zealand Rugby Player reverted to Islam

Bismillah. Assalamualaikum,

Kita gembira bila dengar mengenai orang-orang popular dunia memeluk agama Islam. Harapan kita agar ramai lagi yang 'nampak', 'faham' dan seterusnya memeluk agama Islam, InsyaAllah. Jom kita lihat kisah Sonny Bill Williams, pemain ragbi dari New Zealand yang memeluk Islam. 

*********************************************************************************

WELLINGTON – Preparing for world cup, a New Zealand rugby Muslim star has said that Islam has made him a new man after a successful spell playing union where he won the World Cup with the All Blacks. 




"I wouldn't be half the man I am today without my faith," New Zealand's Sonny Bill Williams said in a BBC video.

iLUSI oPTIK..



 

Sukar diperjelaskan.. hmm.

Sumber: youtube

Isnin, 28 Oktober 2013

Nasi Goreng Bujang

Bismillah. Assalamualaikum,

Walau pun dah berkeluarga. Nasi goreng 'bujang' tetap jadi pilihan. Super lazat, super cepat, super mudah dan yang paling penting ianya lebih berkhasiat dari mee segera (walau pun bukan 'low calorie'). Ianya mengenyangkan..


Khamis, 24 Oktober 2013

Tips cegah jenayah

Bismillah. Assalamualaikum.

Baru-baru ni seluruh negara digemparkan dengan kejadian rompakan di sebuah bank yang melibatkan pembunuhan, dilakukan oleh individu yang sepatutnya menjadi pembela atau penyelamat si mangsa. Rompakan tersebut telah dilakukan oleh seorang pengawal keselamatan premis tersebut. Semoga Allah mengampuni mangsa dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang solehah.


Rabu, 23 Oktober 2013

Benarkah Kanak-kanak tidak boleh berada di saf hadapan?

Seringkali kita melihat kanak-kanak apabila memasuki masjid, mereka dipisahkan dari ibubapa mereka. Sudah menjadi kelaziman, kanak-kanak ditempatkan di saf yang terbelakang. Tidak kurang juga kita melihat terdapat AJK masjid ditugaskan khas bagi memastikan agar kanak-kanak ini pergi ke tempat yang dikhusus untuk mereka. 

 

Tidak kiralah, samada mereka sampai awal atau pun tidak, mereka tetap akan diletakkan di saf belakang, Keadaan yang lebih sedih lagi, terdapat kanak-kanak yang sampai awal, duduk di saf pertama disuruh berpindah ke saf belakang.

Selasa, 22 Oktober 2013

Kisah Wang Syiling




Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen.. melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya. Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.

Isnin, 21 Oktober 2013

BOLEHKAH KENCING BERDIRI?



Bismillah. Assalamualaikum,

Dalam kita menuntut ilmu terutama ilmu hadits dan tafsir, kadangkala kita dihidangkan dengan pengetahuan baru, mengejutkan, yang saya kira sebagai 'asing'. 'rare' jarang kita dengar atau berlawanan dengan apa yang kita dengar atau pegang selama ini.

Sila baca dengan fikiran terbuka dan hasrat ingin mencambahkan ilmu kita. Sematkan di dalam fikiran bahawa dalil atau 'nas' mengatasi segala pendapat-pendapat yang tiada dalil. Kerana agama ini mesti ada sandarannya. Moga bermanfaat:

***********************************************************************************

Ada lima hadits yang membicarakan mengenai masalah ini. Tiga hadits adalah hadits yang shahih. Sedangkan dua hadits lainnya adalah dho’if (lemah).

Ahad, 20 Oktober 2013

4 Tayar - Penentuan anda sampai ke destinasi atau pun tidak

Bismillah. Assalamualaikum,

Pagi ini sewaktu ke tempat kerja, hujan turun dengan lebatnya. Jalan raya dari kediaman saya menuju ke lebuh raya memang berlopak-lopak dan banyak tompokan air. Tiba-tiba sewaktu saya melajukan sedikit kenderaan saya (85 km/j) menaiki bukit, terasa kereta macam tergelincir (drift) ke kiri seakan mahu terbabas. Syukur, kenderaan saya dilengkapi sistem ABS dan EBD membolehkan saya menstabilkan semula kenderaan saya. 

Setelah itu saya bergerak dengan perlahan pada kelajuan 60 km/j sahaja dan saya merasakan kenderaan saya agak kurang stabil tidak seperti sebelum ni. Tertanya-tanya juga kalau-kalau ada masalah pada tayar sama ada pancit atau masalah lain. Saya pun singgah di stesen minyak BHP bagi mengisi minyak dan memeriksa tayar kenderaan. Pelik, tiada pancit, atau tayar membengkak pun! nampak macam biasa sahaja.

SOP Takbir Hari Raya

Saya telah diajukan persoalan mengenai tempoh bertakbir Hari Raya. Saya kongsikan di sini jawapannya untuk pengetahuan kita semua. Moga bermanfaat.

Waktu Mulai & Berakhir Takbir

a. Takbir Aidil Fitri
Takbir pada saat aidil fitri bermula sejak maghrib malam tanggal 1 syawal sehingga selesai solat ‘id.
Hal ini berdasarkan dalil berikut:
1. Allah berfirman, yang ertinya: “…hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa) dan hendaklah kamu mengagungkan Allah (bertakbir) atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu.” (Qs. Al Baqarah: 185)
Ayat ini menjelaskan bahawasanya ketika orang sudah selesai menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadlan maka disyariatkan untuk mengagungkan Allah dengan bertakbir.
2. Ibn Abi Syaibah meriwayatkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar dari rumah menuju ke tanah lapang kemudian baginda saw bertakbir hingga tiba di tanah lapang (musolla iaitu tempat solat hari raya). Baginda saw terus bertakbir sehingga solat selesai. Setelah menyelesaikan solat, baginda saw menghentikan takbir. (HR. Ibn Abi Syaibah dalam Al Mushannaf 5621)

Jumaat, 18 Oktober 2013

Isu Tidak Sahnya Perkahwinan dengan Wanita Hamil (seperti yang disebarkan menerusi Media Sosial)

Saya ada diutarakan persoalan mengenai maklumat berantai, kalau dulu 'surat berantai' yang mana ia disebarkan menerusi FB, yahoogroups dan terkini whatsapp pula. Sebenarnya ia merupakan isu yang agak lama iaitu sekitar tahun 2007 - 2008 dahulu. Tetapi kini seakan disebarkan semula. 

Berikut adalah screenshot isu yg berkenaan:

Saya tidaklah pandai apatah lagi berilmu untuk memberikan komen ilmiah terhadap isu ini. Saya juga tidak layak mengkritik penulis asal isu ini. Apa yang saya boleh buat ialah berkongsi jawapan dari ilmuan yang sebenar berilmu.
Secara asasnya boleh saya katakan bahawa perkahwinan dengan gadis atau wanita yang sedang hamil adalah sah menurut fiqh mazhab As-Syafie. Tetapi menurut mazhab Hanbali, adalah sebaliknya. Maka ia merupakan perkara khilaf fiqhiyyah.
Untuk penerangan yang lebih lengkap, saya kongsikan pandangan al fadhil Ustaz Dr Zaharuddin Abdul Rahman seperti berikut. Moga bermanfaat:

Khamis, 17 Oktober 2013

Isu Kalimah Allah - Satu Perspektif


Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w juga guna nama Allah.
Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad s.a.w tidak sempat pun bertemu dengan Nabi s.a.w sebagai RasululLah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah’. Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah’ sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa a.s. Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.
Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): ‘segala puji bagi Allah tuhan segala alam’.

Rabu, 16 Oktober 2013

Jom Kenal Imam Syafie

Imam Muhammad bin Idris Al-Syafi’i rahimahullah merupakan seorang tokoh Islam yang agung dan cukup dikenali oleh rata-rata umat Islam di Timur dan Barat sehingga tidak ada majlis-majlis ilmu melainkan disebutkan di dalamnya nama beliau.
Beliau rahimahullah lahir pada tahun 150H dan hidup dalam keadaan yatim di bumi Gaza, Palestin. Beliau telah menghafal Al-Quran ketika masih muda iaitu sebelum umurnya tujuh tahun, setelah ibunya membawa beliau ke Hijaz, sebuah tempat berhampiran Makkah. Beliau hidup dalam keadaan sangat miskin mengenangkan dirinya adalah seorang yatim. Tetapi Allah Subhanahu wa Ta’ala telah melimpahkan ke atasnya nikmat kecerdikan dan kepintaran, di samping ibu yang sangat prihatin di dalam mengasuh beliau.


Apabila guru kepada Imam Al-Syafi’i melihat kepandaian dan kepantasan minda beliau, Imam Al-Syafi’i adakalanya diangkat menggantikan tempat gurunya di dalam mengajar anak-anak murid gurunya. Disebabkan terlalu miskin, beliau menulis ilmu yang dia dapatkan di atas tulang, dan setelah banyak, dia memasukkan tulang-tulang itu ke dalam sebuah bekas besar.
Ibunya yang risau dan menitik beratkan persekitaran dan didikan yang baik untuknya telah membawanya ke Makkah supaya dapat terus menerima tarbiyah sebaik mungkin. Makkah pada masa itu menjadi pusat ilmu. Kepintaran minda yang dimiliki oleh Imam Al-Syafi’i adalah kelebihan yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ke atas manusia seperti mana sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, dia akan diberikan kefahaman terhadap agama.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Selasa, 15 Oktober 2013

Bagaimana RasululLah S.A.W Melaksanakan Ibadah Qurban?

Ulama ahli sunnah wal jamaah telah menetapkan satu kaedah asas dalam menentukan sama ada amal ibadah kita diterima atau ditolak oleh ALLAH. Adalah penting bagi kita untuk benar-benar memahami kaedah asas ini agar kita tidak melakukan amalan yang sia-sia kerana ia tidak diterima ALLAH.

Kaedah yang dimaksudkan oleh penulis adalah amal ibadah tersebut hendaklah dikerjakan semata-mata ikhlas kerana ALLAH dan mengikuti (ittiba’) sunnah Nabi s.a.w.

Firman ALLAH S.W.T:

"DIAlah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah antara kamu yang lebih baik amalnya dan DIA Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat)." - Surah al-Mulk: 2.

Oleh itu, sewajarnya dalam melaksanakan ibadah korban bersempena dengan perayaan Aidiladha ini, kita berusaha sedaya upaya mencontohi sunnah-sunnah Nabi s.a.w seperti berikut:


1. Waktu perlaksanaan ibadah korban.
Menyembelih binatang korban hanya boleh dilaksanakan setelah selesai solat hari raya Aidiladha dan berlanjutan sehingga akhir hari Tasyriq, iaitu tiga hari selepas solat hari raya Aidiladha. Oleh itu, penyembelihan haiwan korban boleh dilaksanakan pada 10, 11, 12 dan 13 Dzulhijjah.

Khamis, 10 Oktober 2013

11 Tips Merakam Landskap




1. Perhatikan Horizon
Jika kita berhadapan dengan suatu pemandangan, hampir dapat dipastikan kita akan melihat garis horizontal yang membentang dan membelah gambar menjadi dua bagian. Ini disebut garis horizon. Dalam Fotografi Landscape, jika salah satu bagian lebih menarik. Berilah porsi 2/3 dari frame. Dan yang kurang menarik beri sisanya yaitu 1/3. Memang tidak mutlak, tetapi bila POI berada pada bagian yang 2/3 maka kesannya akan lebih kuat.
2. Pertimbangkan langit
Langit adalah elemen yang cukup penting dalam landscape.Jika dalam pemotretan langit kurang bagus, usahkan jangan menempatkan pada 2/3 frame. Ini akan menimbulkan kesan yang flat dan membosankan. Tetapi jika keaadan langit dan awan dalam formasi yang ‘wow’, jangan ragu untuk penuhi frame dengan langit. Gunakan filter untuk meningkatkan kontras dan saturasi langit seperti Gradual neutral density dan Polarizer.

Rabu, 9 Oktober 2013

HARI RAYA AIDIL ADHA - Hikmah dan Pensyariatannya




Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.