Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Sabtu, 11 Oktober 2014

6 jenis wanita yang tidak pantas dijadikan isteri

Bismillah
Assalamualaikum



Cabutan dari kitan Ihya Ulumiddin karya al Imam al Ghazali Rhm.

قال بعض العرب (لا تنكحوا من النساء ستة لا أنانة ولا منانة ولا حنانة ولا تنكحوا حداقة ولا براقة ولا شداقة)
Ihya, edisi syamila, 2:291
Ihya, edisi Darul Aafaq, Cairo, 2:54

Petua orang arab dalam memilih isteri.

jauhi 6 jenis perempuan:

1. perempuan jenis merintih, anaanah أنانة 
kata al-Ghazali ttg perempuan anaanah:

أما الأنانة فهي التي تكثر الأنين والتشكي وتعصب رأسها كل ساعة

adapun perempuan anaanah ialah banyak merintih, banyak komplen dan selalu menutup kepalanya setiap masa.

2. perempuan jenis pengungkit, manaanah منانة
والمنانة التي تمن على زوجها فتقول فعلت لأجلك كذا وكذا
dan perempuan jenis manaanah ialah sering mengungkit-ungkit kpd suaminya, bahawa dia telah buat itu dan ini kpd suaminya.

3. perempuan jenis gila bayang, hanaanah
والحنانة التي تحن إلى زوج آخر أو ولدها من زوج آخر وهذا أيضا مما يجب اجتنابه
ialah perempuan yang sentiasa mengingati suami sebelumnya..

4. perempuan tamak, hidaaqah
والحداقة التي ترمي إلى كل شيء بحدقتها فتشتهيه وتكلف الزوج شراءه
jenis hiddaqah pulak, yang melihat semua benda dan memaksa suami agar membelinya. (jenis tengok jiran beli TV 3D 45", dia pun suruh suaminya beli 3D 60")

5. perempuan jenis baraaqah
والبراقة تحتمل معنيين أحدهما أن تكون طول النهار في تصقيل وجهها وتزيينه ليكون لوجهها بريق محصل بالصنع والثاني أن تغضب على الطعام فلا تأكل إلا وحدها

perempuan baraqah ada dua jenis, pertama, kaki bersolek dan berhias sehari suntuk, kedua, perempuan yg sentiasa marah ketika masa makan dan suka makan sendirian.

6. perempuan jenis mulut murai, syaddaqah
والشداقة المتشدقة الكثيرة الكلام ومنه قوله صلى الله عليه وسلم (إن الله تعالى يبغض الثرثارين المتشدقين.)
perempuan yang banyak mulut, pot pet, pot pet..
sebagaimana sabda Nabi saw, bahawa Allah murka kpd yang paling banyak mulut.
takhrij hadith:
وَإِنَّ أَبْغَضَكُمْ إِلَيَّ وَأَبْعَدَكُمْ مِنِّي مَجْلِسًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ الثَّرْثَارُونَ وَالْمُتَشَدِّقُونَ وَالْمُتَفَيْهِقُونَ

HR Termidzi, no 1941, lidwa
Terj:
Dan sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh tempat duduknya dariku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak bicara.
al-Iraqi kata, hadith ni hasan.
tahqiq: Imam Abu Isa kata hasan gharib, indikasi dha3if.

Dinukil dari arkib.al-Fikrah.net 


sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan sepatah dua kata!