Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Selasa, 23 Julai 2013

Introduksi


Assalamualaikum wrh, 

Setiap orang perlukan wadah atau tempat atau medan untuk mengekspresikan apa jua yang terkandung di dalam benak mereka. Saya bukan cuba menjadi ahli psikologi di sini, tetapi berdasarkan pengalaman, antara medium-medium yang biasa ialah:
  1. Diari (Saya tak pernah ada diari yang diisi lengkap, kecuali diari perharian sebagai badan beruniform :-)
  2. Laman sosial seperti Facebook, twitter (saya ada akaunnya tapi tak minat menggunakannya)
  3. Blog (Sekarang saya sedang buat)
  4. Sahabat handai dan rakan taulan
  5. Bercakap seorang diri (perlu pergi berubat ni :-)
Pelbagai bentuk luahan rasa diutarakan. Ekspresi tersebut biasanya sesuatu yang personal dan berbentuk privasi. Mereka perlu menyedari bahawa darinya orang boleh mengenal peribadi atau perawakan si penulis itu.


Ya, memang saya juga nak tulis sesuatu tetapi sudah tentu bukan sesuatu yang begitu peribadi. Di sini saya akan kongsikan buah pemikiran, cetusan idea dan pendapat mengenai bermacam isu. Anda boleh saja komen tulisan saya sebab selain tulisan dari al-Quran dan as-Sunnah, boleh saja saya tersilap pada bila-bila masa pun!

Selain dari hasil tulisan, saya juga akan berkongsi nukilan-nukilan penulis lain juga!

Kepada kawan-kawan lama, selamat mengekalkan persahabatan ini. Kepada kawan-kawan baru, salam perkenalan..

Terima kasih.

15 Ramadhan 1434H

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan sepatah dua kata!