Baru-baru ini terdapat sedikit perbincangan hangat di dalam komuniti sahabat-sahabat saya mengenai isu ini.
Saya ingin kongsikan pandangan mantan mufti negeri Perlis, Dr. Maza. Sepertimana pandangan beliau, negeri Perlis telah mengeluarkan fatwa seeprti berikut "Tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah atau memanggil nama tuhan dengan nama Allah ". Anda boleh lihat fatwa ini di laman web di sini.
Moga bermanfaat.
***************************************
Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan
tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di
negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab
sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w memang menggunakan
perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Bahkan kaum Quraish sebelum
kehadiran Nabi Muhammad s.a.w juga guna nama Allah.

