Assalamualaikum,
Agak lama blog ini menyepi. Saya juga agak sibuk sejak kebelakangan ini. Maafkan saya.
Saya kongsikan di sini beberapa tips berguna untuk menjaga enjin, Transmisi (gear), Suspensi (spring dan penganjal tayar) dan cat kenderaan anda. Moga bermanfaat!
Enjin
banyak pengguna kereta tidak tahu nak jaga engine terutama kaum
hawa,perkara yang perlu dijaga adalah servis ikut mileage minyak yang
kita beli,biasanya 5000 km,ada juga 7000 km,jika menggunakan kereta yang
dah berusia antara 20 tahun kebawah cukup lah dengan minyak SAE 40
atau pun 20/50. yang kedua adalah air,air kene sentiasa check dalam
2minggu sekali paling lewat,jika anda rajin seminggu sekali,dan pada
setiap enam bulan saya syorkan buat water sistem pressure test untuk
mengesan jika ada kebocoran kecil pada bahagian hose air supaya dapat di
elak engine dari overheating,pastikan anda periksa lantai car park anda
jika ada minyak leaking.pada waktu pagi panaskan engine sehingga anda
kedengaran kipas radiator berfungsi pada yang pertama kali,itu dah
memadai.
apabila anda menukar timing belt kereta anda maka saya syorkan water
pump pun tukar kan sekali kerana nya bernda tu berpusing seusia dan juga
dalam satu ruang supaya tidak ada dua kali kene buka2 timing belt.ada
sesetengah engine kalau timing belt putus engine tidak rosak seperti
volvo,toyota,honda ada sebahagian rosak ada sebahagian tidak
rosak,suzuki,itu yang saya tahu.
Transmisi (Gear)
jika kereta anda automatic transmision perkara yang harus dititik
beratkan adalah penukaran minyak mengikut 20000 km untuk setiap kali
servis,kerosakkan ATG (automatic transmition gearbox) berlaku apabila
sistem hidraulic didalam gearbox bocor,dan juga valve body sumbat,dengan
itu cluct akan haus cepat menyebabkan gearbox rosak.kerana dalam sistem
ATG ada oil pump yang akan mengepam minyak dan menghasil kan tekanan
minyak untuk di salurkan pada lubang2 hidraulic untuk masukkan gear
pabila kita jalankan kereta,valve body adalah main control sistem,oil
pump pembekal tekanan minyak.jadi servis lah ATG anda setiap 20000 km
supaya jangka hayat nya berpanjangan dan lagi satu pastikan anda beli
minyak yang original,untuk kereta proton saya syorkan minyak ATF
mitsubishi yang original,minyak ini juga boleh diguna pakai untuk
mazda,volvo 940,240 yang aw7 punyer gearbox. jika manual, gearbox anda boleh ditukarkan minyak gear setiap 40000 km.
Suspensi (Penganjal tayar)
Suspension bahagian terpenting kerana ianya menyingkap keselamatan
pemanduan kereta,jika berbunyi sebaiknya anda rujuk kepada mekanik yang
anda boleh percayai,untuk menjimatkan uang anda suspension mestilah
dalam keadaan 100%,macam mana nak pastikan 100% aligment lulus dan
kereta bila dipandu tidak terasa goyang atau tarik kekiri atau
kekanan,bila suspension ada masalah tayar akan makan tidak rata dan
cepat habis,dan bush bush akan cepat koyak.
Cat
jika anda rajin polish lah body kereta anda setiap 2 bulan sekali,dan
park kereta dalam garaj jika ada,jika terdedah dengan langit bila pagi
anda siram kereta anda jika nada biarkan air embun setiap pagi atas cat
kereta anda maka cat akan cepat pudar dan rosak sebab tu kene polish
supaya air tidak boleh masuk kedalam cat kerana ada polish sebab
kandungan polish adalah minyak.
Sumber motecmat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan sepatah dua kata!