Ramai yang bertanya saya tentang status riwayat seperti dalam gambar di atas ini. Jika diteliti, gambar ini mempunyai 2 kisah:
1. Kisah Adam, Jibril
dan Malik penjaga neraka.
Saya katakan setakat
pencarian saya, saya tidak menjumpai kisah ini dalam kitab-kitab hadis.
Barangkali ia kisah israeliyat. Kisah yang sahih dalam riwayat al-Bukhari dan
Muslim bahawa api dunia hanyalah 1 juzuk daripada 70 juzuk neraka. Riwayat
Ahmad pula menyatakan api dunia 1 juzuk daripada 100 juzuk api neraka jahannam.
Manakala kisah celupan
api neraka dengan air dunia pula sabit dalan beberapa hadis riwayat Abu
Hurairah dan Ibn Abbas ( HR riwayat Ibn Hibban dan Ahmad). Sanadnya disahihkan
oleh Ibn kathir dalam tafsirnya (jld. 2, hlm. 459) dan guru saya Syeikh syuaib
al-Arnout. Cuma sebahagian riwayat menyatakan celupan itu berlaku 2 kali dan
ada riwayat yang kata celupan itu 7 kali.
2. Kisah Dialog Nabi
dan Jibril
Manakala dialog Nabi
sallallah alaih wasallam dengan Jibril tentang sifat api neraka itu
diriwayatkan oleh al-Tabarani dalam al-Mu'jam al-Awsat (jld. 3, hlm. 89)
dan ia terlalu daif kerana perawi yang bernama Salam al-Towil. Berikut
komentar ulama hadis terhadap beliau:
i. Kata Imam ahmad:
perawi hadis munkar.
ii. Kata Nasaie: tidak
dipercayai dan tidak ditulis hadisnya (hadis beliau ditinggalkan)
iii. Kata Bukhari:
ulama hadis meninggalkan hadisnya.
iv. Kata Ibn Main:
tiada nilai. (Rujuk: ibn hajar, Tahzib al-Tahzib, jld. 14, hlm. 338-339)
Namun kisah ini
diriwayatkan juga dari jalur Abu Hurairah, Ibn masud, Anas dan Kaab al-Ahbar
dengan makna yang sama. Cuma sebahagiannya menyatakan ia hanya perkataan Nabi
sallallah alaih wasallam dan sebahagian yang yang lain menyatakan ia perkataan
Abu Hurairah dan Kaab al-Ahbar tanpa dialog antara Nabi sallallah alaih
wasallam dan Jibril. Berikut keterangannya:
1. Jalur Anas: ia
diriwayatkan oleh Ibn Marduyah (seperti yang dinukilkan oleh Ibn kathir dalam
tafsirnya, jld. 2, hlm.459) dan al-Baihaqi dalm Syuab al-Iman. Sanad ini
terlalu daif kerana terdapat perawi yang bernama al-Kudaimi. Beliau dihukum
daif oleh Ibn Hajar. Bahkan al-Zahabi menyatakan beliau halik (perawi
yang binasa). Ibn Adiy menyatakan beliau dituduh sebagai pendusta dan mencuri
hadis. (Rujuk: Ibn Adiy, al-Kamil, jld. 6, hlm. 292, al-Zahabi, al-Mughni,
hlm. 53, Ibn Hajar, Taqrib al-Tahzib, jld. 2, hlm. 515) Oleh kerana itu Ibn
Rajab al-Hanbali menghukumnya daif. (Rujuk: Ibn Rajab, Rawai' al-Tafsir, jld.
2, hlm. 487)
2. Jalur Ibn Masud:
Jalur ini terlalu daif kerana terdapat perawi bernama al-Hakam bin Zahir.
Berikut komentar ulama hadis terhadap beliau:
i. Kata Abu Hatim:
Perawi yang ditinggalkan (oleh ulama hadis) dan tidak ditulis hadisnya.
ii. Kata Abu Zur'ah:
perawi yang terlalu lemah.
iii. Kata Bukhari:
Ulama hadis meninggalkannya dan (beliau) periwayat hadis munkar.
iv. Kata
Nasaie: Perawi yang ditinggalkan
v. Kata Ibn Main:
Tiada nilai.
(rujuk: al-Bukhari,
al-Dhuaafa, hlm. 31, Ibn Abi Hatim, al-Jarh wa al-Taadil, jld. 3, hlm. 118, Ibn
Adiyy, al-Kamil, jld. 2, hlm. 208)
3. Jalur Abu Hurairah:
Jalur ini adalah
riwayat Syarik al-Nakhaie dan berlaku percanggahan dalam riwayatnya:
1. Yahya bin Abi
Bukair meriwayatkan hadis ini dari Syarik. Berlaku percanggahan juga dalam
riwayat ini.
i. Abbas al-Duri dan
Abu al-Fadhl dari meriwayatkannya dari Yahya dari Asim dari Abi salih dari Abu
hurairah dari Nabi sallallah alaih wasallam.
ii. Ibn Abi Syaibah
(al-Musannaf, jld. 4, hlm. 54) pula meriwayatkan hadis ini dari Yahya dari Asim
dari Abi Salih dari Abu Hurairah tanpa disandarkan kepada Nabi sallallah alaih
wasallam.
2. Ibn Mubarak
(al-Zuhd, jld. 2, hlm. 88) dan Muzaffar bin Mudrik meriwayatkan hadis ini dari
Syarik dari Asim, dari Abu Salih atau selainnya (berlaku syak dalam riwayat)
dari Abu Hurairah secara mauquf juga tanpa disandarkan kepada Nabi sallallah
alaih wasallam.
3. Ishaq bin al-Tabba'
pula meriwayatkan dari Syarik dari Asim, dari perawi yang tidak dinamakan dari
Abu Hurairah secara mauquf.
al-Daraqutni
menyatakan riwayat yang benar dari Syarik ialah riwayat mauquf. (Lihat:
al-Daraqutni, Ilal al-Hadith, jld. 10, hlm. 151) Tetapi riwayat yang mauquf
tetap daif kerana Syarik merupakan perawi yang daif. Ia jelas apabila kita
lihat riwayat ini kerana beliau terkadang meriwayatkannya secara marfu' dan
terkadang meriwayatkannya secara mauquf.
4. Jalur Kaab
al-Ahbar. Ia diriwayatkan oleh al-Baihaqi dalam al-Ba'th wa al-Nusyur dari
jalan Sulaiman bin Tarkhan dari Alqamah dari Asim dari Abi Salih dari Kaab
al-Ahbar. Sanad ini juga mempunyai illah (kecacatan) iaitu Sulaiman tidak
pernah mendengar hadis dari Alqamah. Maka ia juga daif.
Maka dengan ini jelas
pada kita bahawa tiada satu riwayat yang sabit dalam isu ini. Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan sepatah dua kata!