Ramai yang bertanya saya tentang status riwayat seperti dalam gambar di atas ini. Jika diteliti, gambar ini mempunyai 2 kisah:
1. Kisah Adam, Jibril
dan Malik penjaga neraka.
Saya katakan setakat
pencarian saya, saya tidak menjumpai kisah ini dalam kitab-kitab hadis.
Barangkali ia kisah israeliyat. Kisah yang sahih dalam riwayat al-Bukhari dan
Muslim bahawa api dunia hanyalah 1 juzuk daripada 70 juzuk neraka. Riwayat
Ahmad pula menyatakan api dunia 1 juzuk daripada 100 juzuk api neraka jahannam.
Manakala kisah celupan
api neraka dengan air dunia pula sabit dalan beberapa hadis riwayat Abu
Hurairah dan Ibn Abbas ( HR riwayat Ibn Hibban dan Ahmad). Sanadnya disahihkan
oleh Ibn kathir dalam tafsirnya (jld. 2, hlm. 459) dan guru saya Syeikh syuaib
al-Arnout. Cuma sebahagian riwayat menyatakan celupan itu berlaku 2 kali dan
ada riwayat yang kata celupan itu 7 kali.