Oleh yang demikian mesyuarat bersetuju supaya rangkap zikir berkenaan diubahsuai seperti berikut:-
حسبي ربي جل الله ما في قلبي غير الله
kepada
حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم
نور محمد صلى الله
kepada
نبي محمد صلى الله
dan dibuang
ليس لها من دون الله كاشفة
Ulasan:
Penulis
berpandangan Panel Aqidah berpendapat bahawa terdapat nas yang lebih
baik yang ma'thur untuk diamalkan berbanding ucapan yang ada di dalam
Zikir Munajat. Oleh kerana itu 'hasbi rabbi..' ditukar kepada
'hasbiyallah...' kerana 'hasbiyallah..' zikir yang dianjurkan
oleh al-Qur'an dalam surah al-Taubah ayat 129.
Ucapan
'Nur Muhammad Sallallah' juga didapati tidak jelas kerana menisbahkan
salawat kepada 'nur' bukan kepada nabi. Ia dibimbangi mempunyai
unsur-unsur doktrin 'Nur Muhammad' yang menyeleweng daripada aqidah
Islam. Oleh itu, ditukarkan kepada 'Nabi Muhammad Sallallah'.
Manakala
ucapan 'laisa laha min dunillahi kasyifah' juga meragukan kerana tidak
diketahui apa yang dimaksudnya dengan ucapan itu. Sedangkan 'laisa laha
min dunillahi kasyifah' adalah ayat al-Qur'an di dalam surah al-Najm
ayat 58. Para mufassirin bersepakat bahawa ayat ini membicarakan soal
hari Qiyamat yakni "Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu
(hari Qiyamah) selain Allah".
Bagaimanapun,
keputusan Panel Aqidah JAKIM ini bukanlah keputusan fatwa yang mengikat
mana-mana pihak, tetapi ia adalah nasihat dan penjelasan mereka kepada
masyarakat awam berkenaan zikir tersebut. Wallahu a'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan sepatah dua kata!