Izin Ku Menulis

Izin Ku Menulis

Khamis, 21 November 2013

Jurufoto Pilihan - Mitchell Kanashkevick

Mitchell kanashkevick merupakan icon jurufoto antarabangsa yang tidak asing lagi di kalangan jurufoto sebagai seorang yang profesional dan amat berkebolehan dalam menghasilkan adikarya foto-foto bertemakan travel/documentary. Saya juga merupakan peminat beliau sejak dulu kini dan seterusnya!


Rabu, 6 November 2013

Tips Penjimatan Minyak Kenderaan

Bismillah, Assalamualaikum.

Isu terhangat masa kini, siapa yang tak tahu - isu harga minyak naik. Secara teknikalnya, sebenarnya bukan harga minyak yang naik. Harga minyak kekal seperti biasa pada kadar RM2.73 se liter bagi Ron 95. Tetapi subsidi minyak yang ditanggung oleh kerajaan telah dikurangkan sebanyak 20 sen menjadikan harga minyak sekarang 'kelihatan' meningkat dari RM1.90 se liter ke RM 2.10 se liter! Saya tak mau ulas mengenai minyak gred Ron 97 sebab hanya orang kaya jer yang guna minyak ni. Takde masalah pun harga naik. ye tak??


Well, tak banyak perkara yang boleh dibuat, bahkan tiada langsung sebarang alternatif untuk mengekang 'kenaikan' harga minyak ini yang dijangka akan mengakibatkan tindak balas bersambung atau 'domino effect' terhadap barangan lain. Satu-satunya peluang yang kita ada ialah cuba menjimatkan pengunaannya agar poket kita tidak lah rabak dipertengahan bulan.

Saya kongsikan di sini 10 tips penggunaan minyak terutamanya bagi kenderaan empat roda untuk kita amalkan. Moga bermanfaat!

Ahad, 3 November 2013

Tatacara Tayammum Menurut As-Sunnah

Bismillah, Assalamualaikum,

Saya diajukan persoalan mengenai tatacara bertayammum. Ya, saya akui kalau kita membuat carian bebas di laman-laman web, kita akan dapati banyak versi tentang hal ehwal bertayammum. Jadi, yang mana satukah yang paling tepat. Seperti biasa, 'benchmark' bagi ketepatan tersebut adalah sejauh manakah penghampirannya kepada perbuatan 'sunnah'. Nak tau hampir kepada sunnah? kena tengok hujah dan dalil yang disertakan!

Saya kongsikan di sini tatacara bertayammum. Moga bermanfaat.