Diantara adab yang perlu dijaga oleh seorang muslim saat hendak sholat, ia memakai baju yang sopan, dan sesuai syari’at, karena ia akan bermunajat dengan Allah Robbul alamin. Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,
لَا يُصَلِّيْ أَحَدُكُمْ فِيْ الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى عَاتِقَيْهِ مِنْهُ شَيْءٌ
"Janganlah salah seorang di antara kalian shalat dengan satu pakaian, sehingga tidak ada sedikitpun pakaian yang menutupi kedua bahunya". [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (359), dan Muslim dalam Shohih-nya (516)]
Tulisan hasil cetusan idea, pendapat, pandangan serta perkongsian dari penulis-penulis lain.
Izin Ku Menulis
Rabu, 29 Januari 2014
Khamis, 23 Januari 2014
Rabu, 22 Januari 2014
Memberi nasihat dan tazkirah setiap hari atau setiap waktu - sunnah kah?
BismiLlah,
Assalamualaikum wrh. wbt.
Saya ingin mengimbas kembali zaman persekolahan dan juga di kampus yang mana ada sesi tazkirah sama ada panjang atau ringkas yang diadakan dengan begitu kerap. Terlalu banyak input juga tidak begitu bagus jika 'telinga' kita tidak bersedia untuk menerimanya.
Tiada siapa yang menyangkal bahawa sesi takzirah merupakan suatu sesi yang amat baik. Memberi peringatan agama kepada individu lain. Ia amatlah bermanfaat.
Selasa, 21 Januari 2014
Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wudhu' (Beserta hadith)
1. Kentut & Qadha’ Hajat
Firman ALLAH S.WT:
Wahai orang-orangyang beriman, berwuduklah apabila kamu ingin mendirikan solat... atau apabila ada antara karnu yang datang dari tempat membuang hajat. (Surah al-Maidah: 6)
Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
ALLAH tidak akan menerima solat seseorang apabila dia telah berhadas sehingga dia kembali berwuduk. Seorang lelaki daripada Hadramaut bertanya: Apakah yang dimaksudkan dengan hadas wahai Abu Hurairah? Jawabnya: Kentut. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Rabu, 15 Januari 2014
Kedudukan Surat/SMS/Email Berantai Dari Sudut Agama
Bismillah,
Mempercayai surat berantai itu boleh memberi mudarat adalah satu bentuk khurafat dan boleh membawa kesyirikan. Berikut adalah penjelasannya:
Bahagian 1: Contoh surat berantai
SURAT DARI ARAB SAUDI
(WASIAT UNTUK UMAT ISLAM SELURUH DUNIA)
Assalamualaikum.
Ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Sheikh Ahmad (Saudi Arabia)
Pada suatu malam ketika hamba membaca Al-Quran di makam Rasulullah S.A.W. selepas membaca lalu hamba tertidur dalam tidur hamba bermimpi di datangi Rasulullah S.A.W. lalu bersabda kepada hamba dalam 60,000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun matinya dalam keadaan yang beriman.
Isu Penggunaan Kalimah Allah, Adakah Untuk Orang Islam Sahaja?
Baru-baru ini terdapat sedikit perbincangan hangat di dalam komuniti sahabat-sahabat saya mengenai isu ini.
Saya ingin kongsikan pandangan mantan mufti negeri Perlis, Dr. Maza. Sepertimana pandangan beliau, negeri Perlis telah mengeluarkan fatwa seeprti berikut "Tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah atau memanggil nama tuhan dengan nama Allah ". Anda boleh lihat fatwa ini di laman web di sini.
Moga bermanfaat.
***************************************
Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan
tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di
negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab
sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w memang menggunakan
perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Bahkan kaum Quraish sebelum
kehadiran Nabi Muhammad s.a.w juga guna nama Allah.
Isnin, 13 Januari 2014
Ahli Kitab - Masih Wujudkah Hari Ini?
Assalamualaikum,
Saya secara peribadi lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakan bahawa ahli kitab masih wujud pada hari ini, iaitu yahudi dan nasrani (kristian). Saya tampilkan beberapa pendapat dari ilmuan agama berkaitan perkara ini.
Moga bermanfaat!
Saya secara peribadi lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakan bahawa ahli kitab masih wujud pada hari ini, iaitu yahudi dan nasrani (kristian). Saya tampilkan beberapa pendapat dari ilmuan agama berkaitan perkara ini.
Moga bermanfaat!
Khamis, 2 Januari 2014
Mengenai Mimpi
Kedudukan Mimpi disisi Ahli Sunnah
Mimpi ialah pengalaman minda separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan atau pergerakan lain-lain panca indera manusia sewaktu tidur. Mimpi berlaku tanpa kawalan dan kesedaran oleh orang yang mengalaminya.
Langgan:
Catatan (Atom)