Assalamualaykum Wrh..
Sebut pasal kereta, masyarakat mempunyai persepsi yang berbeza mengenainya. Mempunyai kereta adalah sesuatu yang 'besar' bagi saya seperti juga kita memiliki rumah sendiri. Pembelian kereta memerlukan pengiraan bajet dan pemilihan yang betul.
Ada orang yang:
- Duit banyak tetapi suka berkereta sederhana.
- Duit sederhana banyak, tetapi berusaha keras untuk memiliki kereta idaman.
- Duit banyak dan berkereta mewah berjenama
- Duit sederhana banyak, pakai kancil sahaja
- Duit cukup-cukup makan, dapat berangan-angan sahaja untuk memiliki kereta. Berusaha keras untuk dapat kereta Peugeot lama, Mitsubishi Galant atau datsun 120Y pun dah memadai.